Thursday, August 14, 2008

Ada Macam-Macam Jenis Kabel

Kabel. Kabel ni ada macam-macam jenis. Macam-macam jenis kabel ni ada. Macam-macam Aznil pun tak semacam-macam kabel yang ada.

Ada kabel kuasa. Yang ni ko jangan main-main, sebab dia berkuasa. Kalau nak potong kabel ni kena tutup switch dulu, barulah ia tak berkuasa. Kalau tak, sendiri tanggung la kalau kena shock.

Ada kabel untuk kereta. Kereta kabel le ni. Kabel ni kuat bang. Kalau setakat pakai gunting lipat 5 kupang yang budak sekolah rendah pakai masa pendidikan seni tu nak potong kabel ni, lebih baik tak payah bang.

Kabel ni kuat bang. Kalau setakat 3-4 orang dalam kereta kabel, sekali nafas je dia tarik bawa naik atas. Hero tak hero la. Sekejap je dah sampai puncak bukit. Gunung pun tadak hal la bang, kak long. Gunung Mat Chincamg tu rileks je bro..

Orang kebanyakkan yang datang dari famili kebanyakkan macam aku ni, itu bukit kasi sendiri panjat la!

Adil?

Friday, August 8, 2008

Memasak Sendiri Makan Malam Boleh Menyebabkan Obesiti

Hujah no 1 : Sedap
Kalau masak sendiri ko boleh letak garam, sos, kicap, ajinamoto ikut hati sendiri. Ikut selera masing-masing. Hanya perlu tepuk dada tanya selera. Ini menjadikan masakan yang dimasak bertambah sedap. (Sedap la bagi ko!) So makan banyak la. Makan banyak bisa menyebabkan obesiti. Obesiti bisa menyebabkan nak naik tingkat satu dari ground floor pun naik lif.

Hujah no 2 : Kalau Tak Sedap.
Kalau tak sedap lagi susah. Housemate ko confirm makan sikit je. Takpun tak makan langsung. Siapa nak perabih? Takkan nak buang, nanti Pak Lah marah. Beliau kata jangan membazir. Membazir amalan syaitan. Dah la perangai syaitan, takkan nak beramal cara syaitan. So ko kena la perabih.

Hujah no 3 : Salah Bajet
Ni bukan Bajet 2oo8 yang akan dibentang di parlimen. Ni salah bajet tuang beras dalam periuk. Maklumla amatur katakan. Nasi dah confirm terlebih. Nak bagi kucing makan? Kucing sekarang dah tak makan nasi. Dorang makan whiskers je. Sombong nyer kucing.

Hujah no 4 : Housemate Dah Makan
Ni lagi susah. Mati kembung perut ko nak habiskan semua. Takkan nak simpan malam esok. Basi pulak kang. Tengahari confirm tak balik rumah. Lagi teruk kalau housemate sengaja merekacipta hujah no 4 ni disebabkan hujah no 2 tadi (berkait tu!) Dah la tak sedap. Kucing yang selalu mengiau tengah malam sampai aku tak boleh tidor dah confirm sebelah mata pun dia tak pandang.

Hujah no 5 : Berhampiran Tempat Landing
Kalau makan kat kedai, at least ada sikit jalan-jalan kalau tak singgah mana-mana pun. Kalau kat rumah, bantal memang tersedia di mana-mana. Anytime anywhere la kata orang tua-tua. Silap haribulan tepi dapur boleh mendarat dengan selamat dan jayanya.

Nota : Malas basuh periuk, kuali & pinggan mangkuk. Mangkuk betul!

Wednesday, August 6, 2008

Aku di Stamford Bridge !!

Minggu lepas (Yer.. cerita lama ni) Malaysia telah bertemu Chelsea dalam satu perlawanan persahabatan di Stamford Bridge Stadium. Ini adalah sebahagian daipada road tour pasukan Malaysia di UK.


RM 33? Apekejadah pakai Ringgit Malaysia kat Stamford Bridge?


Stadium Stamford Bridge buat sikit renovation ni. Dorang tambah track kat keliling padang.


Player Chelsea yang turun malam tu.


Ramai yang datang. Kebanyakkan adalah warga negara Malaysia. Yelakan, bukan senang tengok player Malaysia main di Stamford Bridge.


Malaysia kalah 2-0 !!

Sekian laporan saya untuk 999. Lu pikir la sendiri !!