Wednesday, February 17, 2010

Wak Lu!

Urgh! Lapar nya perut ini! Waklu terkebil-kebil di pinggir sungai. Hajat nya hanya ingin melepas kan hajat setelah penat mengembara...tahu-tahu terlelap pula?

Di tinjau nya aliran sungai...

Memang rezeki aku! Waklu pantas menggapai sebiji buah tembikai yang kebetulan hanyut di air.

Ngap! Ngap! Manis!?Habis settle sebiji tembikai di radak waklu. Lapar sangat agak nya dia?

"Aisey? Aku makan tembikai yang bukan hak aku nie? Hukum nya haram! better aku susur sungai ini untuk mencari tuan punya pohon tembikai lalu meminta ke izinan dari nya" ujar waklu kepada diri nya sendiri.

Dipendekkankan cerita, dalam 5 minit perjalanan sahaja waklu terpandang sepohon tembikai yang masak ranum di tebing sungai.

"Mungkin buah tembikai yang aku radak tadi datang nya dari pohon ini?" ujar Waklu kepada diri nya sendiri lagi.

Dan kebetulan pula ada seorang pakcik tua kelihatan berlegar-legar di area pohon tembikai itu.

Waklu lalu menghampiri pakcik tua itu dan bertanya kan adakah pohon tembikai ini pakcik yang punya?"adakah pohon tembikai ini pakcik yang punya?" tanya waklu kepada pakcik tersebut. bukan kepada diri nya sendiri lagi, seperti selalu.

Pakcik itu meng iya kan.

"Pakcik, saya dah termakan buah tembikai dari pohon pakcik. nah! sedikit wang bagi mengganti kan buah tembikai yang saya makan tadi." Waklu menghulur kan sekeping not lima puluh ringgit kepada pakcik empunya pohon tembikai.

"Pakcik tak terima wang. untuk membayar tembikai kau tadi, kau mestilah berkerja di ladang tembikai pakcik selama satu purnama memandangkan pakcik telah tua dan uzur untuk menushakan perusahaan tembikai ini..setuju?!" demand pakcik tersebut.Pulak!?

Aper kes!? Mahu tidak mahu...terpaksa juga lah Waklu bersetuju dengan demand pakcik tersebut.

Dipendek kan cerita lagi...habis lah satu purnama Waklu berkerja di ladang tembikai pakcik tersebut.

"Pakcik! sudah genap satu purnama saya ber kerja di ladang tembikai pakcik ini. mohon lah saya meminta diri dan saya minta pakcik menghalal kan lah tembikai yang saya makan dari pohon pakcik dahulu" ujar waklu.

Dalam pada itu, melihatkan pakcik yang tua dan uzur itu, Waklu memberikan suggestion, “apa kata pakcik upah Indon mahupun Bangla bagi membantu pakcik di ladang ini, takpun advertise sahaja dalam jobstreet, ramai graduan menganggur sekarang ni..”

Pakcik empunya tembikai senyum.

“Tidak mengapa anak muda, anak muda perlu lebih banyak belajar tentang industri tembikai kecil dan sederhana (ITKS) ini.. “ ujar pakcik kepada Waklu.

Waklu tunduk malu, sedar akan kecetekan ilmu tembikainya..


“Sebelum kau pulang anak muda, bantu pakcik campakkan 2-3 biji tembikai ke dalam sungai”, ujar pakcik lagi.

“Kenapa pakcik?” Waklu penuh tanda tanya.

“Buruh murah! Lebih murah dari Bangla kasta rendah. It work everytime, you know..”

Waklu terus kuak lentang dalam sungai..


Nota Kaki : Separa Plagiat dari - biasludahkelangit

Thursday, February 11, 2010

Pheewiiittt!!

Suatu hari ketika menghantar Wanda (bukan nama sebenar) pulang ke rumah halamannya, dalam 75 km/jam,

Lalu satu bus stop..


 

"Pheewiiit.." gua memphewittkan satu awek di bus stop berkenaan..


 

Sepi..


 

"Bolehke saya buat mcm tu?", gua tanya Wanda..

"Boleh, asalkan dorang tak dengar" balas Wanda..


 

Yeay!!!


 

Bus stop ke dua .. " Pheewiiit!!"

Bus stop ke tiga.. " Pheewiiit!!"

Awek tunggu tow truck.. " Pheewiiit!!"

Makcik cuci longkang.. " Pheewiiit!!"

Bus stop ke seterusnya.. " Pheewiiit!!"


 

"TAK BOLEH"


 

Ala….