Friday, July 25, 2008

Mamme Slrpp Kari Berapi Punya Iklan

Memang tahap guling punya gelak aku tengok iklan ni . Bak kata orang-orang tua - pecah perut. Tapi tak pecah perut pun. Lainla kalau kena ulser. Apapun biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Mulala nak merepek ni.

Bila Mat Shah balik dari Uzbek haritu, dia tanya aku ape perkembangan terbaru Malaysia. Selain kes harga minyak, pasal iklan ni la aku gebang kat dia. Dah macam iklan ni se-kasta isu nasional pulak. Hampeh

Anyway, lepas tengok iklan ni 2-3 kali, aku pun apa lagi, mulala terasa nak makan megi. lagipun boleh buat stok hujung bulan waktu poket tengah kering. (walaupun sejak akhir-akhir ni poket selalu basah sebab kena hujan waktu balik kerja)

Maka merempitlah aku menunggang belalang tempur kesatria baja hitam pusaka ke kedai runcit Sivaria (M) Sdn Bhd yang jual segala macam barang runcit. (Yela, dah namanya kedai runcit. takkan jual bumper keta pulak. Bumper hari raya majalah ujang ade la)

Tanpa segan silu, aku pun beli megi - Cap Cintan.

Sunday, July 13, 2008

Berjiwa Rakyat

Kadang-kala nilai-nilai murni tertentu memang tidak dapat dipisahkan daripada orang tertentu sahaja.



Semua sultan berjiwa rakyat. Tak pernah yang tak berjiwa rakyat, kecuali dalam buku sejarah.



Ampun Tuanku.

Happy Birthday Blogtue

Owh, blog ni dah setahun jagung taiwan kukus lebih dah..

Happy belated birthday Blogtue.

Friday, July 11, 2008

Baik Punya Cilok

Satu petang yang gelap kini sudah terang, duduknya aku di dalam kereta Avanza bersama-sama 3 orang rakan sekerja melewati Plaza Alam Sentral.

"Rumah Dr tu besar... bla..bla..bla... bilik air... bla..bla..bla.. ruang tamu pun dua.. bla..bla..", bos aku.

"Bini pun sampai dua....", Encik Lokman menambah.

"Tapi aku dengar dia nak jual dah..", kata bos aku.

"Bini dia? ", aku cilok, setelah menyedari ke-defect-an ayat.

"Rumah dia la!!", kata bos lagi sorang.

"Oooo", aku.

Thursday, July 10, 2008

Tips Memalukan Rakan Di Dalam Lif

Cara lama : Lu kentut kan? Busukk syall!!

Cara baru : Lu Saiful Bukhari kan? Busukk syall!!

Tuesday, July 8, 2008

Ini Bukan Blog Mazidul!!

Kejadahnya korang semua yang sesat ni cari mazidul kat sini?

Aku tak segemuk dia laa!!!!