Friday, July 25, 2008

Mamme Slrpp Kari Berapi Punya Iklan

Memang tahap guling punya gelak aku tengok iklan ni . Bak kata orang-orang tua - pecah perut. Tapi tak pecah perut pun. Lainla kalau kena ulser. Apapun biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Mulala nak merepek ni.

Bila Mat Shah balik dari Uzbek haritu, dia tanya aku ape perkembangan terbaru Malaysia. Selain kes harga minyak, pasal iklan ni la aku gebang kat dia. Dah macam iklan ni se-kasta isu nasional pulak. Hampeh

Anyway, lepas tengok iklan ni 2-3 kali, aku pun apa lagi, mulala terasa nak makan megi. lagipun boleh buat stok hujung bulan waktu poket tengah kering. (walaupun sejak akhir-akhir ni poket selalu basah sebab kena hujan waktu balik kerja)

Maka merempitlah aku menunggang belalang tempur kesatria baja hitam pusaka ke kedai runcit Sivaria (M) Sdn Bhd yang jual segala macam barang runcit. (Yela, dah namanya kedai runcit. takkan jual bumper keta pulak. Bumper hari raya majalah ujang ade la)

Tanpa segan silu, aku pun beli megi - Cap Cintan.

4 comments:

MINA said...

EHHH , HARI TU HANG MASUK BLOG AKU. MENGELIQ TU BUKAN HITAM KER...AAH LA MENGELIQ TU BERKILAT LA

Izat Ezwan said...

Baguih jugak citer2 hang dlm blog hang nih. Cuma cheq nak tanya, awat address hang letak Kedah Darul Ridzuan?

juriah said...

huh....ko masih setia bersama belalang tempur ko lg?? mkn megi x baik utk kesihatan. lg satu nape ko panggi megi kalo dh cintan..mee cintan laa

Fariezul Jaafar said...

Mina : Merelit tu berkilat ka?

Izat : ooo silap la izat. maafakan saya. Kedah darul Makmur. Ke Kedah negeri di bawah bayu?

Juriah : aku panggil mee segera megi. mcm hang panggil bendang tu padang. kekekeke..