Sunday, December 20, 2009

Keris dan Tengkolok

Gua mendaki tangga menuju bilik 131.

Pertengahan jalan, dua brader tengah terkial-kial sambil ngomel-ngomel mengangkat sofa dari lobi ke selang dua-tiga bilik berhadapan bilik gua.

"Ade VIP nak datang ke bang?" aku cuba ramah-tamah, padehal gua dah perasan dorang test karpet kaler kuning itu hari.

"Sultan Kedah nak datang esok", jawap bro tu, ringkas dan padat.


Kalau aku curik tengkolok dengan keris beliau, kalau lalu highway kena bayaq tol dak?

Friday, December 18, 2009

Mencipta Rekod

Aku nak cipta rekod baru..

Tak post ape-ape dalam blog ni dalam masa setahun.

Hahahaha..



Eh, jap...
Damn...

Thursday, August 6, 2009

Aku Baru Tahu

Testing-Testing!

Aku baru tahu,

Rupanya boleh post blog melalui Microsoft Word.

Bilala Pos Malaysia Berhad nak lancarkan fungsi macam ni?

-Fariezul ; directly from Microsoft Word

Tuesday, August 4, 2009

High Beam

Memandu.


Kalau di tempat lain, lampu tinggi membawa maksud : “Awas! Encik polis di hadapan”.


Kalau di sini, di tempat jin bertendang di sini,

Lampu tinggi membawa maksud :


“Awas! Lembu di hadapan”.


Terma yang sinonimkah?

Monday, July 6, 2009

Satu Petang Di Driving Range


Sambil pukul bola golf haritu, Meor story kat aku.

Begini storynya.

Dia ade calling satu balai polis untuk tanya di mana Encik Inspektor yang tak sampai-sampai lagi nak bagi ceramah.

“ Assalamualikum, saya nak tanya no phone Inspektor Azlan, dia sepatutnya datang bla..bla..”

“Takde Inspektor Azlan kat sini la”, (marah-marah sebab dah suruh telefonis jejak Inspektor Azlan sebelum ni)

“Azlan ke Mazlan, macam tu la nama, Lan-Lan”

“Saya cakap takde nama Lan-Lan kat sini, berapa kali nak cakap”, (Tinggi suara macam sarjan bagi command)

“Kalau macam saya nak no phone pegawai yang sepatutnya dating bagi ceramah kat sini”

“Jap saya check”.


Seminit..


“Ni nombor dia, 019….”

“Saper nama pegawai ni?”

“Inspektor Khairul Azlan…”


Sambil mencangkul tanah meggunakan driver no 1, Meor ada kasi sikit carutan sederhana sopan.

Thursday, July 2, 2009

Teka Teki Hari Ini

Kalaulah orang bisu boleh berkata-kata, apekah perkataan pertama dia akan kata ?
.
.
.


.
.
.

Cubaan suara.. 1..2..3.. !

Friday, June 26, 2009

Post Yang Ke-100 Kali


Yeayy!!

Dah seratus!

Sempena kejadian bersejarah berkenaan, aku isytiharkan ahad ni cuti umum.

Sekian.

Tuesday, June 2, 2009

Bumbung Stadium Runtuh

Aku dah cakap, jangan bagi defend skor gol,

Lagi-lagi player mesia, memang la sampai bumbung!

Tak bedung punya kaki..

Thursday, May 28, 2009

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Hang Tuah Tak Nampak Di Kaki, Tapi Pada Huruf Ta!

Babak 1 : Atas Katil
Ko…Ko..Kok..Kokkk!!!
Apsal awal pulak alarm handphone ni?
Cis! Ayam rupanya, berani beliau imitate aku punya alarm.


Babak 2 : Kat Opis
“Sape bela ayam kat quarters?”, aku.
“Encik Musa drebar”, Madi.
“Ooo.. Senang la aku bangun awal lepas ni..”, aku.


Babak 3 : Kul 9 Malam
Ko…Ko..Kok..Kokkk!!!


Babak 4 : Kul 12 Tengah malam
Ko…Ko..Kok..Kokkk!!!


Babak 5 : Kul 3 pagi
Ko…Ko..Kok..Kokkk!!!
“Ade jugak ayam yang kena Ong-Bak pagi-pagi buta ni kang”, aku.

Saturday, May 16, 2009

Patutla

"Penang Integrity Institute (PII) chief executive officer Rozaidi Razali said there were at least 50 reported cases of men being physically beaten up by their wives between 2006 and 2008 nationwide. There was even a case where the wife set fire to her husband."
The Star semalam.

Patutla brader Honda City tak kawen-kawen lagi.
Hahaha.. jangan marah Din!!

Friday, May 15, 2009

Keliwon

Haritulepas PakGad citer ada dia nampak pocong dekat bus stand depan kolej. Dulu kat kem PLKN katanya. Sekarang kat sini pulak.

Tengah tunggu bas nak ke sana balik gamaknya. Mana ada bas lalu depan tu. Tak sekolah punya pocong..

Haritu lepak rumah ustaz, dia cakap ada benda masuk ikut tingkap. Orang tua katanya. Aku tak bajet pocong, sebab pocong main lompat-lompat. Pebarang ikut tingkap. Disuruhnya tutup tingkap semua. Tutup pintu toilet. Jangan sampai benda tu nampak toilet. Dia memang suka toilet-toilet ni.

Ditelefonnya budak-budak ni. Suruh dorang masuk bilik. Jangan layan astro kat dewan makan tu sampai lewat malam. Dah berapa kali dah ustaz nampak ada budak-budak kecik main lompat-lompat kat dewan makan tu. Kalangan staff, ramai yang gelar ustaz ni ghostbuster.

Minggu ni aku masuk rumah satu tingkat atas rumah ustaz. Minggu lepas dah basuh cantik-cantik punya. Makcik cleaner pun letak jawatan kalau tengok skill pembersihan aku.

Petua ustaz bagi aku praktikkan. Lepas keluar toilet pintu mesti tutup. Siap kunci lagi.

Tapi sekarang ni malam memang panas. Pemanasan global. Entah sape yang memandai potong hutann sampai panas macam ni. Kalau dapat, mau aku sunat orang tu.

Dah panas mana boleh tido. Aku bukak tingkap luas-luas bagi cool sikit bilik. lampu tutup, bukak laptop layan movie. Baru best sikit tido macam ni.

Dah dua malam dah macam tu. Malam kelmarin ok. Malam tadi je. Agaknya benda tu nampak tingkap terbuka, ada cahaya sikit-sikit dia seronok kot. Dia masuk ikut tingkap, melayang-layang ke laptop aku. Tak guna punya kalkatu!

Tuesday, May 12, 2009

Bukan Simptom Demam Khinzir

1. Minggu lepas lepas : Bangi – Sitiawan – Gombak – Sentul – Sitiawan – Masjid Tanah

2. Ahad & semalam : Masjid Tanah – Shah Alam – Penang – Kulim – Penang – Sitiawan – Masjid Tanah

3. Total up dekat 2000 km.

4. Harini, disebabkan mahakarya letih, aku curi-curi lelap kat kerusi office.
Tapi terjaga & terkejut sebab takut langgar kereta depan.
DAMN!

5. Ni gaya Chedet tulis blog.

6. Tido balik.

Saturday, February 21, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan : Episod Masuk Kampung

Semalam yesterday malam, pergi makan di Restoran Yus, yang terletaknya dalam kawasan kampung.

Kampung Sg Ramal kot namanya, aku bukan tau sangat, aku bukan orang kampung.. err.. bukan orang kampung situ.

Ramai orang Melayu ada situ duduk. Asal masuk kampung je mesti banyak melayu, asal banyak melayu je mesti masuk kampung. Isk.

Senarai orang-orang terkaya di Malaysia pun, berapa kerat je orang Melayu. Isk.

Tapi ape kejadahnya citer Spa-Q orang Melayu semua kaya-raya. Ni rasa nak Ong-Bak peti tele ni.

Tuesday, February 17, 2009

Proton Satria Neo CPS Now In Showrooms

Ini hari ada pergi Proton punya showroom juga. Melawat itu kereta baru Satria Neo CPS yang launched beberapa hari lepas. Tapi harini baru ada dalam showroom. Mari kita lihat gambar-gambar yang sempat aku snap menggunakan handphone murah aku, tanpa kebenaran jurujual bertugas.

Pandangan hadapan - ada front fog light, standart la kereta yang full spec. Tapi takde no plat. Pe barang takde no plat, nanti JPJ marah.

Pandangan sisi - Rim sukan dan mudguard yang design macam satria gti dulu-dulu


Pandangan jangan pandang belakang - ekzos di tengah. Reverse sensor aku taktau ade ke tak. Kurang periksa pulak. Bukan aku yang nak beli pun.

Pandangan atas - Spoiler : Spoiler design baru kot.

Pandangan dalaman - Interior sama je macam Neo biasa


Amacam? Gaya macam gadis litar lumba bukan? Chett! hark ptuihh!!

Halatuju & Masa Depan Politik Negeri Perak Dalam Menghadapi Era Glokalisasi

Eh...

Pe barang aku nak cakap politik.. Dah-dah! Pegi buat keje. Asyik baca blog, patutla keje tak siap..

Wednesday, February 11, 2009

Pembahagian Harta

Ini benar-benar kejadian bukan cobaan.


Di Kemboja, seorang suami yang adil lagi bijaksana memutuskan untuk membahagi dua harta-hartanya (harta sepencarian agaknya) ketika beliau bercerai dengan isterinya.


Ini bukan "memutuskan untuk membahagi dua", tapi "memutuskan menjadi dua"!!

Bekas isterinya masih tinggal di sebelah rumah yang dibahagi dua tu. Waduh-waduh..

Friday, February 6, 2009

Glokal

Zaman sekarang ni semua orang nak guna perkataan glokal. Usahawan glokal, Melayu glokal, peneroka glokal, pendidikan glokal dan macam-macam lagi la. Boleh kata semua nak glokal la. Cuma ubat ketiak je yang tak boleh diglokalisasikan (tergeliat lidah?). Pe barang ubat ketiak glokal. Nama "ubat ketiak" tu sendiri langsung tak kena dengan ciri-ciri glokal yang dikehendaki oleh masyarakat glokal.

Senang cakap, kalau lu amik UPSR tahun ni, guna perkataan glokal dalam karangan glokal Bahasa Malaysia korang, konfem A la! Baru la glokal dapat A.
Zaman glokalisasi agakya sekarang ni.

Tak pedulilah semua tu. Yang aku tau, susah sangat nak tidor tengahari sekarang ni. Panas betul. Pemanasan glokal gamaknya...

"Zaman dah berubah, dunia dah maju.."

Tuesday, February 3, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan : Episod Bahasa

Haritu aku, Meor, Roy dan 2-3 orang lagi makan di Yankies Hut.
Kami ternampak sepasang couple istimewa rancak bersembang, guna bahasa isyarat. Awek tu cun habaq hang. Putih, tapi tak tau melayu ke cina.

" Ko rasa awek tu melayu ke cina? ", Meor tiba-tiba bersuara.

" Ntah, aku tak dengar dia cakap bahasa ape", aku.

" Hahaha!!"

Kami ketawa sebab tak reti bahasa. Bahasa isyarat.

Sunday, February 1, 2009

Gila Hebat !!

Gila power hebat bro ni. Dia takde nak boikot-boikot produk Israel lagi dah. Prime Minister Israel dia bantai terus. Lu orang jangan main-main dengan bro ni.. Haha..

Suspect lu bro!!