Monday, January 31, 2011

Keluarkan Duit - Bukan Sains Fiksyen

Minggu lepas di ATM CIMB.


" Bang, mintak tolong.. Macam mana nak keluar kan duit. Nak tekan ape yer?" seorang amoi sebelah gua bertanya. Time tu gua tengah layan masukkan check claim tahun lepas yang baru dapat.
Walaupun beliau seorang amoi, bahasa Malaysianya agak lancar, dan sangat berbudi bahasa. Petanda baik untuk 1 Malaysia.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Dan diatas mesin yang ditekan-tekan amoi tadi terpampang - Cash Deposit.

Sekian.


Tuesday, January 25, 2011

Sains Fiksyen Sebelum Merdeka

Tahun itu tahun 1947.

Di hujung kampung Seri Gamelan, Amran (bukan nama sebenar), duduk berseorangan, termenung, bosan, kutu mati.

Tak tahu apa nak dibuat. Main congkak? apa gila main congkang berseorangan.

Tiba2 benak fikirannya menghasilkan satu idea yang bernas lagi berwawasan.



Api! Api! Api! pekik beliau dah rupa kena polong.

Mendenagr pekikan itu, penduduk kampung termasuk JKKK kampung dan ahli qariah masjid berbondong-bondonglah datang.

Fire extingusher siap di tangan. bomoh hujan dah "on" dengan perkakasan. Dah macam pasar malam, rumah si Amran (bukan nama sebenar).


Melihatkan keadaan havoc begitu rupa, berdekah-dekah la Amran ketawa berguling-guling sabail berkata " Anda dah terkena panggilan hangit!!"





2 minggu kemudian..

Boring lagi...


Harimau! Harimau! Harimau! Pekik Amran (bukan nama sebenar)

Penduduk kampung Seri Gamelan (dahulunya dikenali sebagai Kg Tok Ngah) datang membawa parang, pisau (cukur), pedang, cangkul, sabit segala termasuklah Pak Meor menggalan senapang patahnya.


Pak Meor ni dulu bekas askar, Regimen Aska Melayu.

Tapi tu dulu.. sekarang dah pencen..

Anak daranya yang sedang meningkat remaja.. Ramlah, digilai semua pemuda kampung.. Gebu, comel, cute.. wow!



Ah, abaikan Pak Meor dengan anaknya..


Kembali kepada cerita Amran (bukan nama sebenar)..


Melihatkan kawasan laman rumahnya yang happening macam ada konsert sure heboh, Amran pun ketawa berdekah-dekah sambil menjerit "Anda dah terkena panggil....

Malam tu juga arwah dikafankan..

Sekian.

Tuesday, January 4, 2011

Sains Fiksyen Tahun Baru

2042

Ternyata ramalan movie “Back To The Future” adalah benar belaka. Kereta terbang dan hover board akhirnya berjaya diciptakan walaupun terlewat beberapa tahun.

Air Asia payah cari makan. MAS dah lama jual kapalterbangnya. Kereta terbang Proton model terbaru, model Mahathir facelift, penuh di KLIA. Bukan mendarat! Hantar orang pegi haji. Aku pun tak faham apesal tak pegi je naik kereta. Kan dah boleh terbang!?

Disember lepas, pasukan bolasepak Malaysia menang world cup menewaskan Guatemala. Goalkeeper guatemala mati-mati tuduh Malaysia main tipu. UV light berfrekuensi tinggi disuluh-suluh dimata, katanya.

Entahla.

Perdana menteri Malaysia yang juga goalie pasukan kebangsaan, umumkan hari jumaat adalah cuti umum bagi tahun 2042, tapi hari ahad kena kerja la tapi. Semua pemain dianugerahkan pelantar minyak sorang satu sebab tanah dah habis bagi kat player lawn bowl tahun-tahun lepas.

Argghh… ape merepek ni. Selamat tahun baru 2011 jelah!