Tuesday, January 25, 2011

Sains Fiksyen Sebelum Merdeka

Tahun itu tahun 1947.

Di hujung kampung Seri Gamelan, Amran (bukan nama sebenar), duduk berseorangan, termenung, bosan, kutu mati.

Tak tahu apa nak dibuat. Main congkak? apa gila main congkang berseorangan.

Tiba2 benak fikirannya menghasilkan satu idea yang bernas lagi berwawasan.



Api! Api! Api! pekik beliau dah rupa kena polong.

Mendenagr pekikan itu, penduduk kampung termasuk JKKK kampung dan ahli qariah masjid berbondong-bondonglah datang.

Fire extingusher siap di tangan. bomoh hujan dah "on" dengan perkakasan. Dah macam pasar malam, rumah si Amran (bukan nama sebenar).


Melihatkan keadaan havoc begitu rupa, berdekah-dekah la Amran ketawa berguling-guling sabail berkata " Anda dah terkena panggilan hangit!!"





2 minggu kemudian..

Boring lagi...


Harimau! Harimau! Harimau! Pekik Amran (bukan nama sebenar)

Penduduk kampung Seri Gamelan (dahulunya dikenali sebagai Kg Tok Ngah) datang membawa parang, pisau (cukur), pedang, cangkul, sabit segala termasuklah Pak Meor menggalan senapang patahnya.


Pak Meor ni dulu bekas askar, Regimen Aska Melayu.

Tapi tu dulu.. sekarang dah pencen..

Anak daranya yang sedang meningkat remaja.. Ramlah, digilai semua pemuda kampung.. Gebu, comel, cute.. wow!



Ah, abaikan Pak Meor dengan anaknya..


Kembali kepada cerita Amran (bukan nama sebenar)..


Melihatkan kawasan laman rumahnya yang happening macam ada konsert sure heboh, Amran pun ketawa berdekah-dekah sambil menjerit "Anda dah terkena panggil....

Malam tu juga arwah dikafankan..

Sekian.

5 comments:

cik osh said...

innalillah...

tu la...nipu lg.. kan dh kena..

Fariezul Jaafar said...

ahaha.. kan..

bias® said...

haha! macam setan!

Fariezul Jaafar said...

ahahahah..

Unknown said...

huuuuhuhu.... blog yg beridea kretif camni pun susah cari makan. sambutannya kurang, tu sal aktif setakat Januari 2011 jew. tak macam blog yang suka hentam menghentam, carut mencarut, sentiasa ceria dengan pengunjung.