Wednesday, October 10, 2007

Witness Protection Act

Menurut Abang Naz, Witness Protection Act di Malaysia akan membolehkan saksi melakukan pembedahan plastik bagi melindungi saksi berkenaan. Sebenarnya, Abg Naz yang perlukan pembedahan plastik.
Sebab : Mana ada Witness Protection Act!
Malu dan memalukan!

Baca di sini: http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=19601
dan di sini : http://ntbn.wordpress.com/2007/10/08/perlindungan-saksi-memang-ada-diberikan-kepada-sirul-dan-azila/

Bagi kes Sirul dan Azila,
menarik beliau-beliau dilindungi sedemikian rupa oleh pihak polis.

Kalau dahulunya di dalam newspaper dan TV boleh dilihat muka mereka. Sekarang ni aku nak tanya, adekah kau kenal muka beliau-beliau ini?

Andaikata beliau-beliau tengah melepak di kedai mamak sambil tengok Rugby World Cup bersebelahan dengan meja kau orang, adekah kau orang bisa cam?
Jangan di lupa mereka dahulunya bekerja di UTK - Unit Tindakan Khas. Pegawai-pegawai UTK adalah rakan sekerja mereka.

Tugasan : Cuba cari gambar Sirul dan Azila supaya penulis boleh tempek di sini untuk semua orang kenali. Bak kata orang : tak kenal maka tak cinta. Penulis nak menjalankan kempen "Mari Mengenal Sirul & Azila".

Tuesday, October 9, 2007

Itu Burung Murai. Burung Murai Itu

“Pak, burung ape tu?”
“Burung murai nak..”

“Burung ape?”
“Burung murai”

“Burung ape?”
“Burung murai”

“Burung ape?”
“Burung murai”

“Burung ape?”
“Burung murai”

“Burung ape?”
“Burung murai”, klack-klack..

“Burung ape?”
KABOOOMMM!! Satu das tembakan shotgun pusaka dilepaskan.
“Kan bapak dah cakap, burung murai…”


Kuiz pop : Siapakah/apekah yang ditembak oleh beliau?

A. Burung murai
B. Burung cak rumah
C. Beli secara burung
D. Man

(Hitamkan jawapan anda menggunakan pensel 2B gred peperiksaan)

Jangan Tak Sabar

Semalam waktu lunch hour kena pergi bank untuk masukkan wang sewa rumah ke dalam mesin cash deposit.

Padan muka aku. Selalu tuan rumah datang ambik. Bulan ni aku tegur dia sebab asyik datang awal je. Janji 8 haribulan. Tapi 5 haribulan dah datang. Kalau pasal duit, laju je.

Tapi takpelah. At least ada bukti pembayaran. Ini tidak, bayar, resit pun ngak ada..

Oh yea.. bukan itu yang nak diceritakan…

Begini ceritanya, pergilah diriku ke bank CIMB itu. (Dulunya bank ini dikenali Bumiputra Commerce sempena nama Bumiputra Rockers! Rock Beb!)

Umak aih. Punya la banyak manusia beratur. Sampai ke luar manusia mengambil barisan.

“Yang CIMB ni pun satu. Buatla 2-3 cash deposit machine..” , aku, dalam hati. Tapi aku sabarrrrrr…. Sesabar Dr Sabar, pensyarah aku dahulu.

Barisan makin panjang. 5 menit kemudian. Datang seorang auntie bertemankan anaknya yang berseragam sekolah. Dengan selamber ya ya OAG dia memotong aku.

Tapi aku sabarrrrr.... Sesabar Dr Sabar. Maybe auntie ni nak hantar anak dia ke sekolah ke, dia tak larat nak berdiri lama-lama ke. Tak pun dia nak balik masak untuk husband dia. Jadi aku sabarrrr.... sesabar Dr Sabar.

10 menit lepas tu. Datang sorang awek berdiri sebelah auntie ni. (Aku dah tau dah ape tujuan dia!) nak memotong le tu. Dia datang dari pintu bank yang connecting bilik mesin ATM. Jadi orang yang diluar tak nampak dia datang lewat daripada mereka.

Semakin barisan bergerak ke hadapan, semakin beliau mencelah. Mula-mula separuh badan dia je kat hadapan aku. By the time semua badan dia dah berada di hadapan aku, menjadikan secara rasmi dia berada di dalam barisan, tapi aku sab...

“ DATANG KENDIAN TOLONG DOK KAT BELAKANG AR. KESIAN LA ORANG YANG DOK BERATURQ. JANGAN BUAT AKU MARAH BULAN POSA NI!!” , aku.

Aku bukan tak sabar. Aku cuma menegakkan hak aku sebagai pem-baris setia. Maafkan aku Dr Sabar...

Monday, October 8, 2007

Irama Syahdu Di Bulan Ramadhan

Jumaat lepas, 5 Oktober…
Jam menunjukkan jam12 tengahari. Selepas berjaya mengepost satu entri di Blogtue® aku bergegas pulang. Menungang belalang tempur dengan kelajuan maksima yang mampu ditanggungnya. Terik amat hari ni. Panas. Terbakar rasanya epidermis tanganku. Kering anak tekak umpama keringnya gurun Sahara.
Ahhh~~ lebih baik panas daripada hujan. Andaikata hujan, susah pulak aku nak pergi ke tempat kerja…

Sesampai di muka pintu rumah, tiba-tiba terdengar satu irama yang rancak berdendang. Bukan lagu dendang perantau polifonik handset sony ericsson milik housemate ku itu.

Irama yang tidak berlirik itu datangnya dari nun di jalan sana. Datangnya dari entiti yang berjanggut putih itu. Menaiki kenderaan berpayung itu. Sungguh kreatif beliau mengelakkan diri dari teriknya sang mentari.

Dan sehingga waktu berbuka, teriang-iang alunan irama tidak berlirik itu. Walaupun tak berlirik, playback di dalam otakku bukannya irama polifoniknya itu. Tetapi liriknya :-
Padle-pop~~ Padle-pop~~! Super-Duper-Yummy~~!!
Dan petang itu aku berbuka dengan aiskrim. Haha!!

Oh Tuhan, tabahkan hati kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perumahan ini. Aminn..

Terdetik aku: Diharap beliau tidak menuju ke kampung Rafique bagi menambahkan catatan dalam diarinya

Friday, October 5, 2007

Perbezaan “Di Sebalik Tabir” Filem Melayu Dengan Hollywood.

Pernah tengok tak rancangan di sebalik tabir? (aku singkatkan DST, bukan DSTP, nak konvo leh la gi DSTP) Ala… program yang citer macam mana sebuah filem dibuat. Atau dalam bahasa jawanya: The making of. Itupun tak tau ke?

DST Hollywood menerangkan bagaimana letupan dilakukan, animation, special effect, bagaimana costume dibuat, bagaimana lokasi penggambaran dibuat.
DST filem Melayu menerangkan bagaimana hero dan heroin membawakan watak. (Selalunya dorang cakap dorang wat research. Kaplahotakdia!) Bagaimana bekerja dengan pengarah yang tegas, dan bagaimana lokasi dipilih.

DST filem Melayu lebih bersifat 100% promosi, tetapi Hollywood paling cikai pun 10% bersifat infomatif. (Takdela nak promosi aje.) Oh yea, aku terlupa la, ade satu filem Melayu yang berinfomatif. Info dia, sepolan telah ternampak satu kelibat misteri di lokasi filem seram berkenaan. (sambil teresak-esak menceritakan kejadian berkenaan) Chet! Ptuih!

Makruh menonton DST filem Hollywood sebelum menonton di panggung. Adalah lebih afdal melakukan selepas menonton di panggung, ini kerana dikhuatiri suspen dan surprise filem itu terhidu sebelum menontong panggung, menjadikan cerita itu kurang enak.
Tapi kalau filem melayu, lepas ke, sebelum ke, sama je, cam haram!

DST filem melayu, asyik diulang babak-babak yang sama sampai kiamat. Contohnya, kalau babak pajero diterbalikkan, itula jadi modalnya nak tarik orang. (lebih baik keje penarik kereta, Chit!)
DST filem Hollywood diulang jugak babak menarik, tapi tak banyak kali diulang sebab banyak babak yang menarik.

Takde idea dah. Tadi sebelum taip banyak idea. Nantila aku tambah kalau teringat. Bye! Selamat belajar! (Sila baca gaya intonasi TV Pendidikan)