Wednesday, December 19, 2007

Duga Akal

Amaran : Post ini akan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala di satu dua tempat. Dapatkan konsultasi pegawai perubatan bertauliah sekiranya menyebabkan demam dan batuk-batuk berpanjangan.

Fakta : Ada 8 orang nak menyeberangi sungai. Mak, Ayah, dua orang anak perempuan, dua orang anak lelaki, seorang anggota polis, dan seorang penjenayah sepenuh masa. Pengangkutan yang ada hanyalah sebuah sampan hina.

Soalan : Bagaimana beliau-beliau ini hendak menyeberang sungai?

Syarat-syarat :
1.Sampan hanya bisa memuatkan 2 orang sahaja pada satu-satu masa.
2.Ayah tak boleh berada bersama anak perempuan tanpa kehadiran Mak. (Jahat ayah ni!)
3.Mak tak boleh berada bersama anak lelaki tanpa kehadiran ayah. (Erk!?!)
4.Penjenayah tidak boleh tinggal bersama mana-mana ahli keluarga tanpa kehadiran Encik polis.
5.Hanya Mak, Ayah, atau Encik polis saje yang boleh kayuh sampan.
6.Mereka semua tidak mempunyai kuasa luarbiasa seperti dalam citer Heroes.

Hints :
1.Penjenayah bisa ditinggalkan berseorangan jika perlu. Beliau tak melarikan diri.
2.Begitu juga dengan anak mereka.
3.Encik Polis adalah berpangkat Lans Koperal.
4.Penjenayah ditangkap kerana mencuri selipar di sebuah masjid di Machang Bubok, Kedah.

Hadiah : Sebuah minda yang cerdas. (itu pun kalau kome pikio sendiri ler)

Cuba simulasikannya disini : http://freeweb.siol.net/danej/riverIQGame.swf

2 comments:

Anonymous said...

lame xberteka teki teka tekuk ngn ko yer farizul..

mula2 mak die nek sampan ngn ank pompuan die sorang demi sorang..pastu mak die patah balik amek ayah diorang..pastu pas anta mak diorang ayah die patah blik amek anak laki sorang demi sorang..pastu ayah die amek polis pulak..pastu polis tu patah blik amek penjenayah tu...

tul dak?

Anonymous said...

opps silap2..
aku igtkan mak ngn anak laki,ayah n anak pompuan xleh bersama dlm samapan jer..aku nk tuka jawpan aku heheh..

ok..let say,kira diorang semua ni dr jeti kuala kedah nak pi langkawi lahh...

1.polis+penjenayah-->nek smpan sampai kat langkawi,tinggal penjenayah kat situ.
2.polis tu kayuhla sampan dr langkawi balik ke kuala kedah sorang2
3.polis tu smp kat kuala kedah,dia amek sorang anak pompuan,naik smpan sampai ke langkawi,pastu tinggal anak pompuan kat langkawi.
4.pastu polis tu bawak penjenayah tu naik sampan dr langkawi ke kuala kedah balik.
5.bila smpai kuala kedah,polis ngn penjenayah tu tetiba rasa nk makan laksa plak so depa pi mkn laksa dulu.
6.pastu mak dia ngn sorang lagi anak pompuan dia tu,nek sampan tu plak sampai ke langkawi.pastu mak dia tgal anak pompuan tu kat langkawi.
7.pastu mak dia travel sorang2 nek sampan dr langkawi ke kuala kedah.
8.bila sampai kat kuala kedah,mak dia rasa nak berdua2an ngn ayah dia kat atas sampan,so mak dia amek ayah dia n travel plak ngn ayah dia berdua2an dr kuala kedah ke langkawi.smp kat langkawi,ayah dia tinggalkan mak dia kat langkawi.
9.pastu ayah dia travel sorang2 balik ke kuala kedah.
10.sampai kuala kedah,polis ngn penjenayah td dah abes mkn laksa,so depa nek smpan duo org ke langkawi.
11.smp kat langkawi,depa nk mkn angin kat langkawi sat.so mak diorang pun travel la sorang2 ke kuala kedah balik.
12.smp kat kuala kedah,seperti biasa,mak diorang amek ayah diorang untuk bersiar2 di atas smpan bersama(berdua2an la).pastu smp kat langkawi,mak dia ditinggalkan.
13.ayah diorang pun mengayuh sampan sorang diri balik ke kuala kedah.
14.pastu si ayah amek sorang anak laki bawak nek smpan ke langkawi.smp kat langkawi,polis ngn penjenayah plak nek smp smp ke kuala kedah dan tinggal penjenayah di kuala kedah.
15.pastu polis tu travel ngn sorang lg anak laki yg tgal tu ke langkawi.
16.pastu polis tu patah balik ke kuala kedah amek penjenayah n bawak ke langkawi.

so suma org dh smp diorang pun smua g mkn angin kat langkawi bersama2

penat dohhh rse cam aku plk yg jadi pengayuh smpan tuhhh...