Tuesday, April 15, 2008

Surat terbuka untuk Cik Puan Sufiah.

Ini post bukan aku yang punya. Aku copy paste dari blog yang aku suka tanpa kebenaran bertulis mahupun lisan daripada penulis sebanar. diambil dari : http://dugongsenyum.blogspot.com/2008/04/surat-terbuka-untuk-cik-puan-sufiah.html

Ketawa guling-guling aku baca surat terbuka ni. (bukan ketawa jahat sebab plagiat karya En Dugong) Sememangnya En Dugong seorang penulis berbakat. (harap Encik Dugong tidak marah selepas dipuji)


Assalamualaikum w.b.t. Cik Puan,

Apa khabar? (faham ke dia ni bahasa Melayu?) Macam mana bisnes Cik Puan hari ini?

Semenjak kebelakangan ini media kerap mengemaskini cerita Cik Puan. Jadi saya pun google nama Cik Puan di internet. Pada pendapat saya Cik Puan cantik.

Cik Puan, izinkan saya memanggil Cik Puan sebagai Sufiah. Saya dengar Sufiah dah jadi pelacur di sana. Di sini pun ramai juga Melayu jadi pelacur (kata oranglah...) Malah kata kawan saya, ada di antara mereka yang menjelaskan cukai pendapatan! (kalau kawan saya tipu, tipulah saya).

Kalau Sufiah nak tahu, melacur ni haram di sisi agama Islam. Masuk dalam kategori dosa besar. Boleh masuk neraka. Selain melacur, kita juga boleh masuk neraka jika berjudi, minum arak dan makan babi. Ya, babi kan haram, so kalau makan masuk nerakalah.

Sufiah, insaflah... baliklah ke pangkal jalan. Atau baliklah ke sini, isi borang SPA8 lepas tu kalau dapat panggilan exam pergilah. Examnya kacang putih je terutama bahagian matematik, mesti Sufiah boleh jawab punyalah. Saya dah 6 kali dah cuba exam ni, 6 kali gagal. Saya tau, saya mesti gagal pada bahagian matematik tu, soalan entah apa-apa.

Selain SPA8 online, Sufiah boleh cuba nasib di KPLI online. Jadi cikgu. Tak Melayu kalau tak tahu URL borang SPA8 dan KPLI.

Dipendekkan cerita... kalau berjaya exam tu nanti dan menjawat jawatan awam, jangan pula makan rasuah. Makan rasuah pun boleh masuk neraka. Nampaknya banyak cara manusia boleh masuk neraka! Pun begitu, masih banyak juga cara untuk masuk syurga. Salah satu caranya, bertaubat. Taubat nasuha.

Sufiah, sedarlah. Perbuatanmu kini tidak seindah namamu. Saya menulis ini atas dasar saudara seagama dan bangsa serumpun budaya.

Sufiah, pulanglah ke pangkal jalan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.