Ada satu teknik yang dikenali teknik mencuri duit tanpa bayang yang sedang merebak sekarang ni. Dulu aku terbaca pasal taktik dan teknik ni. Tapi tak amik peduli sangat. Tapi bila dah terkena kat batang hidung mancung aku sendiri, baru aku teringat balik. Nasib baik aku tersedar dan kembali ke pangkal jalan. Jadi berjaga-jagalah (jangan asyik nak jaga tepi kain orang je!!)
Pemangsa : Peniaga atau Penjual sesuatu barang.
Mangsa : Pembeli atau Pelanggan atau dalam bahasa omputihnya kastemer yang sedang ralit (bahasa kedah ni) dengan henpon (atau yang nak cepat) dan tidak memberi tumpuan 100% terhadap urusniaga yang dijalankan samada berakad atau tidak.
Teknik : Peniaga tidak memulangkan baki sepenuhnya. Hanya sedikit sahaja yang dipulanagkan. Cis betul!
Contoh : Encik F hendak membeli tiket dari Manjung ke Kuala Lumpur. Katakan Harga tiket adalah RM 24.50 (katakana sahaja, harga sebenar tidak dapat diingati penulis). Encik F yang sedang sibuk bersms dengan Cik H pun membeli tiket tersebut denagn membayar dengan nota RM 50.
Dan bakinya adalah : 50 – 24.50 = 25.50 (Belajar dari rancangan ALONG)
Tetapi Encik Penjual tiket yang licik ini hanya memulangkan RM 5.50. Encik F yang sibuk bersms ni selalunya akan “ amik duit dan terus blah.”
Teknik melarikan diri penjenayah : Nasib baik En F yang hensem ini tersedar hampir 3 saat kemudian dan meminta kembali uang nya. Si bangsat keparat ini meminta maaf dan mengatakan dirinya terlupa. Sungguh licik macam ular sawa yang nak kena bantai ngan batang buluh.
JENAYAH MEMBAWA PADAH.
Laporkan kegiatan jenayah di balai polis berdekatan anda. Sekian laporan Encik F untuk 999.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment