Kalau Kedah-Perlis haritu, aku sokong Kedah. Dan tatkala Kedah menentang Perak, aku bukanlah pengkhianat, aku tetap penyokong Perak. Perak Darul Aman. (Ape? kau ingat Kedah je ke negeri yang aman?)
Cabaran bagi aku kali ini ialah : aku tak bisa menonton final kali ini di kedai roti canai India Muslim bertelevisi bagak. Sebabnya, kalau Perak dapat menjaringkan gol, aku takut tak dapat control volume sorak, dan akan dipandang serong oleh penonton lain. Lebih memburukkan keadaan kalau Perak menang, sudah pasti kerusi plastik milik kedai roti canai itu melayang ke tubuh aku.
Jadi aku tonton sahaja televisi di rumah. Tapi kalah, tiada gol. Sialan!
Notakaki : Kalau Perak menang, pekerja-pekerja di Darul Ridzuan selalunya diberi cuti umum, tak kiralah kau penyokong manapun. Tapi disini, Kedah menang, no cuti. Lagi sekali - Sialan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yes2...kedah menang 3-0.Kedah...kedah pantang kalah...walau sakit jatuh dan rebah..bgn lantas semula gagah..bujur lalu melintang patah...hiiiijau...kuning tanahku..darul aman negeri ku...hijauuuu kuningggg darahku..negeri kedah negeri kuuuu...kuang2.. congrate utk skuad hijau kuning..
Khinzir betul!
Post a Comment