Monday, January 14, 2008

60's TV on 8TV

You know what the most cool local tv show right now?


No lah, its not Cornetto Love Perhaps la!!


It is…


Radhi Study Go!!

I think the program sponsored by Segi College to show off their new campus. But who cares. It’s still rock man!!!

And this week Radhi going to nursing class..

Damn, so many nurse chicks. You are so lucky la Radhi…


Looks like Radhi going to poison the patient..

He also being scolded by Dr Liew, because he didn’t show up at music class last week. And Dr Liew waited him for 3 hours!!

So damn lucky. During my time (not at Segi, of course) if you are late 5 minutes, not only the lecturer not wait for you, most probably you are not allowed to enter the class…. And also being scolded also. Haiyaaa…

Not too happy Dr Liew.
So don’t miss the show, every Monday night, at 8 TV. At what time, I forgot already. (You all check sendiri la kat tv). Keep rocking Radhi!!



Saturday, January 5, 2008

Pendidikan Seks Paling Berkesan Bagi Rakyat Malaysia

"Wa sudah manyak kali propose sama kementerian pelajaran supaya masuk itu sex education dalam KBSM, tapi Shamu tak mau..." Kata En Lim (bukan nama sebenar, nama sebenar dia Chua Soi Lek)




".... so, wa bikin sindiri la." Kata En Lim (bukan nama sebenar).


Nota : Dialog adalah tidak ditapis oleh Kementerian Kesihatan dan hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan "personal friend" penulis. Sekian.

Wednesday, December 19, 2007

Duga Akal

Amaran : Post ini akan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala di satu dua tempat. Dapatkan konsultasi pegawai perubatan bertauliah sekiranya menyebabkan demam dan batuk-batuk berpanjangan.

Fakta : Ada 8 orang nak menyeberangi sungai. Mak, Ayah, dua orang anak perempuan, dua orang anak lelaki, seorang anggota polis, dan seorang penjenayah sepenuh masa. Pengangkutan yang ada hanyalah sebuah sampan hina.

Soalan : Bagaimana beliau-beliau ini hendak menyeberang sungai?

Syarat-syarat :
1.Sampan hanya bisa memuatkan 2 orang sahaja pada satu-satu masa.
2.Ayah tak boleh berada bersama anak perempuan tanpa kehadiran Mak. (Jahat ayah ni!)
3.Mak tak boleh berada bersama anak lelaki tanpa kehadiran ayah. (Erk!?!)
4.Penjenayah tidak boleh tinggal bersama mana-mana ahli keluarga tanpa kehadiran Encik polis.
5.Hanya Mak, Ayah, atau Encik polis saje yang boleh kayuh sampan.
6.Mereka semua tidak mempunyai kuasa luarbiasa seperti dalam citer Heroes.

Hints :
1.Penjenayah bisa ditinggalkan berseorangan jika perlu. Beliau tak melarikan diri.
2.Begitu juga dengan anak mereka.
3.Encik Polis adalah berpangkat Lans Koperal.
4.Penjenayah ditangkap kerana mencuri selipar di sebuah masjid di Machang Bubok, Kedah.

Hadiah : Sebuah minda yang cerdas. (itu pun kalau kome pikio sendiri ler)

Cuba simulasikannya disini : http://freeweb.siol.net/danej/riverIQGame.swf

Saturday, December 15, 2007

Training, Trainer, Trainee

Sehingga bulan depan department aku melatih bakal trainer/lecturer sebuah kolej baru di Melaka. (Bakal trainer, menjadi trainee, menghadiri traning bersama-sama trainee yang lain, naik tren)

Beliau-beliau ini semuanya background mechanical.
Mungkin sebab tu beliau-beliau ini agak sukar memahamkan sesetengah istilah dalam industry polymer composite.

Aku join training dengan beliau-beliau.
Kekadang aku jadi trainer, tapi selalunya aku jadi trainee.
Sebab aku bukanlah expert sangat macam senior-senior aku yang lain.
Yang pasti, lebih expert la berbanding beliau-beliau ini.


“Tg tu ape?” seorang beliau bertanya.
“Tg tu Glass Transition Temperature, suhu bila satu polymer mula melembut bila dikenakan heat bla… bla… bla….”, Aku.


“Kenapa polyester pakai catalyst, epoxy pakai hardener?”
“Sebab bla… bla… bla…..”, Panjang lebar aku terangkan chemical reaction nya.


“Release agent untuk ape?”
“Bla… bla.. bla… uhukk-uhukk bla…”’ Juga panjang lebar.


“Volatile tu ape?”
“Volatile tu mudah meruwap”, Aku.


Dan semua note yang diberikan adalah berbahasa benggali putih.
Aduhai…

*Aku bukan chekgu English la! Aku fail KPLI!

Thursday, December 13, 2007

Terima Kasih Baba

Terima kasih Ba, atas segala tunjuk ajar kau.
Segala kata kau aku semat dalam jiwa sebagai bekalan hidup.

Dengan izin Tuhan yang maha kuasa, akan aku ambil alih tugas kau dengan sebaik mungkin.
Aku akan sentiasa doakan ketenangan kau disana, seperti yang kau mahu sejak aku di lahirkan.
Terima kasih Baba.

"aku ada karena kau pun ada
dengan cintakau buat diriku hidup selamanya

andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu menyayangi diriku"

*Sedekahkan Al-Fatihah buat ayahandaku, Jaafar bin Abdul Ghani yang telah kembali kepadaNya pada 27 November 2007. Aku doakan rohnya tenang di sana. Aminnn.

Tuesday, November 27, 2007

Mobile Phone Tracking via GPS

Sekarang ni dah ada website yang bisa track handphone guna GPS. Kau boleh monitor kemana kekasih hati kau pergi. Tak perlu susah-susah gunakan toyol kuning itu.

Cuma masukkan 6012 atau 6013 atau 6017 atau apa-apa aje no telefon. Bisa track handphone sahaja. Talian tetap tak bisa. (ape kejadah kau nak track no telefon umah kau!?)

Bagi di Malaysia, kemungkinan error 50 meter.

Cubalah kat sini : http://www.sat-gps-locate.com/english/index.html

Tuesday, November 20, 2007

Aspalela

Kenapa mesti Saliha, Zakiah, Nafisa, Juwita, Kamelia (ni lagu favourite Cholan), Cherrina, Suzana, Fiona, Babyrina (Oppss, salah!) dan sekarang ni, famous lagu Aspalela dendangan En. Saiful Apek.

Kenapa bukan Zambri ke, Jusoh ke, Ramli ke, Harun Salim Bachik ke, Supri Supian ke, mahupun Jijoe Alfonso Pierera Abdullah?

Kenapa?

Adakah lelaki langsung tiada sumbangan dalam kerinduan, kesyahduan dan arti sebuah cinta? (Ewahh!)

Wednesday, November 14, 2007

Babi Besar



Alkisahnya di sini


Aku percaya beliau di dalam gambar adalah Aiman yang aku kata sebelum ni!!

Tuesday, November 6, 2007

Lagi Satu Versi Iklan Petronas

Pada suatu pagi yang indah, tika mana awan berarak pilu, Aiman dan ayahnya duduk di bawah pohon jambu, menyiapkan layang-layang untuk projek pendidikan seni darjah 5 sekolahnya, tiba-tiba melintas seekor khinzir. Kerana tidak pernah melihat binatang yang se horror khinzir itu, secara mengkhinzir buta, Aiman bertanya kepada ayah beliau..

Pak, binatang ape tu?"
"Babi nak.."

"Binatang ape pak?"
"Babi nak"

"Binatang ape?"
"Babi nak"

"Binatang ape?"
"Babi "

"Binatang ape?"
"Babi"

"Binatang ape?"
"Babi la, babi!!".

TAMMAT

Monday, November 5, 2007

World Toilet Day? WTF?

Tahukah anda bahawa 19 November adalah Hari Tandas Sedunia? (http://www.worldtoilet.org/)

Hargailah tandas anda. Telah banyak pengorbanan beliau (Tak perlu rasanya aku menceritakan pengorbanan beliau).

So guys, This 19th November, wake up early, make a surprise for your toilet, smile and give them what they like. Your sh*t! Haha!