Tuesday, August 28, 2007

Gadis Veterinar Bertudung Dengan Babi

Kat tempat kerja daku, daku kena fire. Sebab aku sorang je kata dak pompuan tu tak salah. Kuikuikui..

Lantak korang la. Korang je pandai. Mentang-mentang la ada Master. Aku apa ada. Degree cukup makan je.

Ape la salah beliau? Aku pun tak faham.

Beliau student vet. Dah memang keje beliau. Bukannya berdosa pun nak pegang. Bukan dia saja suka-suka bikin ini funfair serupa bapak dia punya funfair. Lepas pegang, samak. Tu je. Apa masalahnya?

Kang merebak virus nipah ngan J.E, kau nak tolong controlkan? Suruh cha ya nun alip? Ntah-ntah dia cabut ke overseas dulu. Pastu kau kena J.E. Baru berpadanan muka kau.

Gembira masa amik gambar? Bistu? Takkan nak wat sedih lak amik gambar? Kalau sedih wat pe amik gambar. Chet.

Bukannya beliau makan pun natang haram tu. Beliau seorang pelajar yang tanggungjawapnya belajar. Ok pe. Bukannya macam aku yang perabih duit kerajaan masa belajar. Cis sungguh aku ini.

Lagi pula, dia pun mesti tau nak tukar pakaian yang dia wat keje ngan natang bewok sekalipun dengan pakaian yang dia wat solat ataupun pergi berekreasi di tepi tasik.

Orang melayu ni cepat melatah. Asalkan benda baru sket semua tak boleh. Padahal bukan benda baru pun. Kau je yang tak pernah tengok.

50 tahun merdeka.

Tapi pikir macam orang dulu-dulu yang melatah bila ada orang antor anak kat sekolah omputih. Sekarang ni bukan setakat sekolah omputih, universiti omputih, omhitam, ombak, jamnya pukul berapa om? Dan macam-macam om lagi lah.

50 tahun merdeka, minda masih tak boleh berfungsi seperti bangsa merdeka. Chit-pthuih!

Thursday, August 23, 2007

Masih Belum Terserlah Ayumu

Cepat benar engkau pergi (Cak! Aku ada bawah kerusi ni)
Hujan masih belum berhenti (Dah kau dok nyanyi, tu pasal la)
Apakah kerna soalan ku tadi (Kau pembuat soalan SPM ke?)
Hati mu terguris kini (Kau ingat hati aku peraduan gores dan menang ke?)

Sebagai kekasihmu (Hek eleh dia ni, perasan lak)
Layak aku bertanya (Kau lebih layak untuk diam)
Sekuat mana cinta mu (Kuat lagi batang besi yang aku nak hempuk medula oblongata kau)
Tiadakah insan lain dihatimu, selainku.. (Kau tak tersenarailah!)

Sayang (Saper sayang kau?)
Bukannya sehari dua, percintaan kita ini (Tak sampai sehari pun, baru je kenal bawah kerusi tadi)
Janji pun sudah dipatri (Kau nak aku pateri mulut kau?)

Sayang (Sayang nenek kau!)
Jangan ikut perasaan (Aku ikut jalan yang lurus)
Marah jangan disimpan (Baik aku simpan kat Bank Rakyat – saya mesti pilih!)
Ku hanya ingin menduga (Tengah main duga akal ke ni?)
Dan kini, aku tahu satu kekasih mu, hanya aku (Tak abih-abih perasan, nak muntah aku)

Marilah kasih (marilah-mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara)
Aku dendangkan (Sambadi hep me!)
Lagu yang pernah, mencuri hatimu (Owh, kau lah yang curi hati ayam yang aku goreng, ingatkan Si Tompok)

Marilah kasih (marilah-mari, pergi mengundi)
Biarku simbah (Nak aku simbah asid ke anak tekak kau?)
Api kemarahan yang membakar (Owh, kaulah rupanya En Bakar)
Di benak, di benak mu (Benak betul la dia ni)

Terpaksa ku berlari (Suara macam katak puru, sebab tu kena kejar anjing)
Memintas mu dari pergi (Aku nak pergi toilet la! Kau pintas watpe?)
Perlahan ku belai rambutmu yang basah (Owh romantiknya)
Masih terserlah ayunya wajah mu (Makaseh nyah, kau pun tak kurang hensem la nyah)
Walaup.. (Ehh?)

Nota kaki : Dalam kesyahduan gerimis senja, En Bakar telah bergegas pulang setelah menyedari sempolan adalah seorang nyah. Sekian. The End.

Friday, August 17, 2007

Hargailah Tisu Itu

“Guna tisu tak semudah membuatnya”, Saiful – via SMS.

Kekadang kita menggunakan tisu tanpa memahami bagaimana sekeping tisu itu dihasilkan dan jerih payah seorang engineer tisu berkenaan menghasilkan sekeping tisu yang putih bersih, kitalah yang mencorakkannya. Merah, hijau, coklat atau apa sahaja warna-warna Malaysia.

Acapkali kita terlupa dan mengambil mudah kepentingan tisu.
Tangan berminyak, peluh di dahi, hidung tersumbat, katakana saja, serahkan kepada beliau, betapa versetailnya beliau. (Oh, usah kau bicara soal cebok itu!)

Begitu mudah menggunakan tisu umpama seorang playboy sejati melafazkan kata cinta terhadap si gadis manis.
Sesaat, 2-3 helai beliau dinoda, sesaat kemudian bersemadi beliau di dalam tong sampah. (Ya, sila buang ke dalam tong sampah, jangan disimpan). Umpama habis madu sepah dibuang.

Sadarlah kau wahai penoda tisu!
-Mesej daripada seorang pencinta wanita, eh, tisu.

Thursday, August 16, 2007

Proton Persona

Semalam Proton lancar model baru beliau : Proton Persona. Ni sebahagian gambar yang sempat aku seludup keluar daripada buletin utama TV3 semalam.

Persona - Our New Pride & Joy, except for our power window la!


" Nak gi mana cik adik? Meh la abang hantarkan"

Pandangan Sisi


Muka Hadapan

Muka Belakang
Seantero alam maya dah tau Persona adalah nama bagi Wira untuk pasaran UK.
By the way, Persona ni pun memang Wira Replacement Model (WRM).

Yang mengkonpiuskan kepala hotak aku yang 24jam sehari konpius ni, Gen 2 pun WRM jugak.
Nanti bila sampai di UK, orang sana for sure akan anggap model ni adalah model baru bagi Persona lama (Wira) & Gen 2 adalah model yang berbeza (padehal Gen2 pun WRM jugak). Gen 2 pun nak nama Persona jugak doh!

Fenin aku. Boleh sesiapa yang baik hati tolong explain kat aku? Atau aku seorang sahaja yang konpius?

Satu lagi yang aku perasan (aku je kot), pandai betul Proton wat kereta sefesyen je, lebih kurang sama je. (Persona, Gen 2 & Neo) Yela, boleh pakai tool, mould and jigs yang sama. Sepp siot Proton!!

Ps: Dengar cerita, Iswara Replacement Model akan dikeluarkan Januari 2007.

Monday, August 13, 2007

Lumba Haram


Haram punya binatang, berani tolak aku!


Hok aloh. busuk betul punggung dia ni!


Iyah! Iyah!



Mari melompat bersama-sama secara comel! Weehoo!




Friday, August 10, 2007

Kenangan Di Pangkor


Oklah, mahkamah kata Mazidul tidak bersalah. Kita ambil itu sebagai rujukan utama. Abaikan dahulu ujian urin, ujian lessen L apatah lagi ujian penilaian sekolah rendah.

Kasihan En Mazidul Akmal Sidek ditomah macam-macam sebelum mahkamah sendiri menjatuhkan keputusan. En Mazidul sendiri berkata: “Saya dicerca..” Ada yang menulis En Mazidul ni umpama “pagar makan padi”. Kasihan beliau. Beliau dicop dan dilabel mendahului mahkamah.

Tutup pasal En Mazidul Akmal Sidek.

Bukak cerita lain. Cerita pasal mengecop dan melabel.

Waktu belajar di universiti dulu, classmate aku buat cuti-cuti Malaysia di Pangkor.
Aku ajak sekali classmate sekolah aku : Azwani, Izmazatul dan Shafiq Alias.

Sebabkan lama tak berkumpul sekali, kami berborak panjang. Kami duduk berempat di tengah kawasan chalet, tak jauh dari rakan-rakan yang lain.

Tiba-tiba kami dihampiri seorang yang berbadan besar. Dari tadi dah aku memerhatikan dia. Memang dia menjadi tumpuan malam tu. Dia memulakan bicara. Agak 30 saat berbicara, dia berlalu dengan kata-kata yang kurang enak, atau bahasa gasarnya : cam sial.

Tak ingat the exact word, tapi lebih kurang beginilah katanya : “Budak U zaman sekarang ni, dah ada kamera, henpon canggih-canggih, malam-malam buat drama tepi pantai, rekod… “

Lebih kuranglah…

Apa kau ingat semua budak universiti macam tu ke? Kenapa mengecop dan melabel orang begitu rupa? Ape kejadahnya? Nasib baik kau besar sikit daripada aku. Kalau tidak, berlubang tempurung kepala kau umpama kelapa ditebuk tupai.

Tapi itu dulu.. Ahhh… abaikanlah.
Yang penting sekarang.
Sekarang ni : KARMA! atau dalam bahasa omputihnya : what you give, you get back!

HAHA

Salah satu gambar kenangan di Pangkor

Thursday, August 9, 2007

Mazidul Akmal Sidek

Tengok tak 360 di TV3 semalam? 360 edisi khas. Selalunya kalau edisi khas ada diberi nama, contoh : edisi khas raya, edisi khas merdeka dan sebagainya.

Takpelah, biar aku berikan nama : 360 Edisi Khas – Membersihkan nama Mazidul & TV3.

Apa yang 360 semalam nak semalam semalam adalah ketidakbersalahan (bahasa ape ni?) Mazidul Akmal Sidek yang didapati positif mengambil dadah/pil khayal

Namun mahkamah mendapati Mazidul tidak bersalah setelah dibela oleh peguam.