Cepat benar engkau pergi (Cak! Aku ada bawah kerusi ni)
Hujan masih belum berhenti (Dah kau dok nyanyi, tu pasal la)
Apakah kerna soalan ku tadi (Kau pembuat soalan SPM ke?)
Hati mu terguris kini (Kau ingat hati aku peraduan gores dan menang ke?)
Sebagai kekasihmu (Hek eleh dia ni, perasan lak)
Layak aku bertanya (Kau lebih layak untuk diam)
Sekuat mana cinta mu (Kuat lagi batang besi yang aku nak hempuk medula oblongata kau)
Tiadakah insan lain dihatimu, selainku.. (Kau tak tersenarailah!)
Sayang (Saper sayang kau?)
Bukannya sehari dua, percintaan kita ini (Tak sampai sehari pun, baru je kenal bawah kerusi tadi)
Janji pun sudah dipatri (Kau nak aku pateri mulut kau?)
Sayang (Sayang nenek kau!)
Jangan ikut perasaan (Aku ikut jalan yang lurus)
Marah jangan disimpan (Baik aku simpan kat Bank Rakyat – saya mesti pilih!)
Ku hanya ingin menduga (Tengah main duga akal ke ni?)
Dan kini, aku tahu satu kekasih mu, hanya aku (Tak abih-abih perasan, nak muntah aku)
Marilah kasih (marilah-mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara)
Aku dendangkan (Sambadi hep me!)
Lagu yang pernah, mencuri hatimu (Owh, kau lah yang curi hati ayam yang aku goreng, ingatkan Si Tompok)
Marilah kasih (marilah-mari, pergi mengundi)
Biarku simbah (Nak aku simbah asid ke anak tekak kau?)
Api kemarahan yang membakar (Owh, kaulah rupanya En Bakar)
Di benak, di benak mu (Benak betul la dia ni)
Terpaksa ku berlari (Suara macam katak puru, sebab tu kena kejar anjing)
Memintas mu dari pergi (Aku nak pergi toilet la! Kau pintas watpe?)
Perlahan ku belai rambutmu yang basah (Owh romantiknya)
Masih terserlah ayunya wajah mu (Makaseh nyah, kau pun tak kurang hensem la nyah)
Walaup.. (Ehh?)
Nota kaki : Dalam kesyahduan gerimis senja, En Bakar telah bergegas pulang setelah menyedari sempolan adalah seorang nyah. Sekian. The End.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
berulang kali ku membaca cuba utk memahami apa yg motif sebenar huraian serta frasa2 dlm kurungan dlm bait2 lagu tu...namun makin cuba utk ku memahami..makin tidak ku fahami...sedarlah ku kini bahawa...ko punya blog...oleh itu ko punya suka laa...seperti yg tertulis diawal2 blog ni...
tau takpe.
Post a Comment