Kat tempat kerja daku, daku kena fire. Sebab aku sorang je kata dak pompuan tu tak salah. Kuikuikui..
Lantak korang la. Korang je pandai. Mentang-mentang la ada Master. Aku apa ada. Degree cukup makan je.
Ape la salah beliau? Aku pun tak faham.
Beliau student vet. Dah memang keje beliau. Bukannya berdosa pun nak pegang. Bukan dia saja suka-suka bikin ini funfair serupa bapak dia punya funfair. Lepas pegang, samak. Tu je. Apa masalahnya?
Kang merebak virus nipah ngan J.E, kau nak tolong controlkan? Suruh cha ya nun alip? Ntah-ntah dia cabut ke overseas dulu. Pastu kau kena J.E. Baru berpadanan muka kau.
Gembira masa amik gambar? Bistu? Takkan nak wat sedih lak amik gambar? Kalau sedih wat pe amik gambar. Chet.
Bukannya beliau makan pun natang haram tu. Beliau seorang pelajar yang tanggungjawapnya belajar. Ok pe. Bukannya macam aku yang perabih duit kerajaan masa belajar. Cis sungguh aku ini.
Lagi pula, dia pun mesti tau nak tukar pakaian yang dia wat keje ngan natang bewok sekalipun dengan pakaian yang dia wat solat ataupun pergi berekreasi di tepi tasik.
Orang melayu ni cepat melatah. Asalkan benda baru sket semua tak boleh. Padahal bukan benda baru pun. Kau je yang tak pernah tengok.
50 tahun merdeka.
Tapi pikir macam orang dulu-dulu yang melatah bila ada orang antor anak kat sekolah omputih. Sekarang ni bukan setakat sekolah omputih, universiti omputih, omhitam, ombak, jamnya pukul berapa om? Dan macam-macam om lagi lah.
50 tahun merdeka, minda masih tak boleh berfungsi seperti bangsa merdeka. Chit-pthuih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment