Dulu masa sekolah rendah kat Kuala Kurau, aku
join pengakap.
Bukan aku
join, cikgu darjah 3 Seroja pilihkan untuk anak muridnya. Mungkin cikgu lihat dari segi kecenderungan murid-muridnya. Mungkin juga ikut suka hati bapak tiri laki mak dia. Mungkinla..
Sahabat baik aku, Muhammad Azhar Bin Abdul Latiff kena masuk Persatuan Bulan Sabit Merah. Huh!! Tak
kewl langsung Persatuan Bulan Sabit Merah. Kami geng Pengakap anggap itu Persatuan Pondan, walaupun kami sendiri masih mentah untuk mengerti apa sebenarnnya konsep kepondanan itu.
Kami Pengakap ada camping-camping, buat khemah, buat unggun api, memburu binatang dan macam-macam lagi aktiviti-aktiviti ganas. Kami dah macam
protege Rambo la. Memang rock!! (Konon-konon jela time tu.)
Cikgu Pengakap kami adalah seorang cikgu cina. Aku ingatkan dia buat sendiri motto "buat sehabis baik". Rupanya itu memang motto Pengakap seMalaysia. Ohw...
Masa merdeka tahun 1993 kami masuk pertandingan perbarisan dan kawad kaki. Kami menang tempat kedua dalam daerah. Kami hebat. Kami ingatkan kami dah kalahkan geng-geng polis dan tentera. Kami semakin hampir menjadi Rambo.
Rupanya kami menang bagi peringkat sekolah rendah je. Ohww...
Kami Ahli Pengakap Muda, Buat Sehabis Baik!!
Masa ada kawan kami yang pengsan, Persatuan Bulan la yang tolong. Kalau takde Persatuan Bulan, dah lama dah berbuih mulut.
Selamat Persatuan Bulan dari sekolah lain. Fuhh..!!