Monday, June 16, 2008

National Monument

Aiman (bukan nama sebenar) sukakan subjek bahasa Inggeris. Bukan sebab ape. Sebab Miss Zarina (bukan nama sebenar) yang baru menggantikan cikgu Jenab (bukan nama sebenar). Cikgu Jenab dah pencen. Cikgu Jenab tak segebu Miss Zarina. Miss Zarina hidungnya mancung, kulitnya putih dengan bedak, lipstik bagai.

Aiman makin semangat belajar bahasa omputih. Dia tak ponteng-ponteng macam dulu. Ponteng-ponteng bukan zamannya lagi. Aiman mahu dapat markah seratus dalam exam nanti. Baru la Miss Zarina kagum.

Miss Zarina kata kalau nak improve english kena selalu baca paper omputih. Sebab tu Aiman slalu rembat akhbar NST kat perpustakaan, berbantukan kroninya yang berjawatan Pengawas Pusat Sumber gred rendah. Paper tu dibuat baca masa atas bas waktu balik sekolah. Setiap hari. Tak tipu.

Satu hari...

I can help you miss. After three stop, you get down and follow the sigboards”, kata Aiman dengan kembang hidungnya sambil tangan ditegakkan umpama tegaknya tiang bendera di National Monument itu.

Aiman mengigau dalam bas. Dalam bas sekolah mana ada pelancong asing naik nak pergi tugu. Aiman terjun tingkap.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

eh ada nama aku lah dalam blog nih.cantekkk