Thursday, June 12, 2008

Teringat Waktu Dahulu : Pengakap

Dulu masa sekolah rendah kat Kuala Kurau, aku join pengakap.

Bukan aku join, cikgu darjah 3 Seroja pilihkan untuk anak muridnya. Mungkin cikgu lihat dari segi kecenderungan murid-muridnya. Mungkin juga ikut suka hati bapak tiri laki mak dia. Mungkinla..

Sahabat baik aku, Muhammad Azhar Bin Abdul Latiff kena masuk Persatuan Bulan Sabit Merah. Huh!! Tak kewl langsung Persatuan Bulan Sabit Merah. Kami geng Pengakap anggap itu Persatuan Pondan, walaupun kami sendiri masih mentah untuk mengerti apa sebenarnnya konsep kepondanan itu.

Kami Pengakap ada camping-camping, buat khemah, buat unggun api, memburu binatang dan macam-macam lagi aktiviti-aktiviti ganas. Kami dah macam protege Rambo la. Memang rock!! (Konon-konon jela time tu.)

Cikgu Pengakap kami adalah seorang cikgu cina. Aku ingatkan dia buat sendiri motto "buat sehabis baik". Rupanya itu memang motto Pengakap seMalaysia. Ohw...

Masa merdeka tahun 1993 kami masuk pertandingan perbarisan dan kawad kaki. Kami menang tempat kedua dalam daerah. Kami hebat. Kami ingatkan kami dah kalahkan geng-geng polis dan tentera. Kami semakin hampir menjadi Rambo.

Rupanya kami menang bagi peringkat sekolah rendah je. Ohww...

Kami Ahli Pengakap Muda, Buat Sehabis Baik!!



Masa ada kawan kami yang pengsan, Persatuan Bulan la yang tolong. Kalau takde Persatuan Bulan, dah lama dah berbuih mulut.

Selamat Persatuan Bulan dari sekolah lain. Fuhh..!!

1 comment:

Anonymous said...

Aku masa sekolah rendah pun join pengakap. pastu ada main camping2. tak keluar mana pon, camping dalam sekolah. hahaha

Masuk sekolah menengah best sikit. dari form1 sampai form3 aku join PKBM - persatuan kadet bersatu malaysia. kat sini la aku belajar berkawad, kenal M16, buka part dan pasang balik dan aktiviti tempur. PKBM di sekolah aku ni famous jgk dalam daerah aku. Masuk jer apa2 pertandingan kawad kaki, selalu juara.

Sepanjang aku join PKBM ni, aku dah join 2 pertandingan, dan dua2 pertandingan tu dpt nombor satu. Seronok weih pakai baju askar, but askar, topi yg senget sebelah + dengan bulu ayam tinggi kat topi tu. pastu awek2 tgk, rasa cam bangga jer, wlaupun tak tahu apa awek2 tu fikirkan.

Lepas pmr, aku dpt masuk mrsm, jd kena tinggalkan pkbm aku tu. time ni dah dekat sangat aku nak dapat pangkat staff sarjan. ada internal test untuk dapat ni, mcm bg command dalam berkawad dll.

nak tahu? aku masuk mrsm, kena masuk pengakap balik! sebab persatuan uniform lain mmg tak ada. sekolah baru, apa pun tak ada.. hahaha haram!