Sunday, January 20, 2013

Blog Updated

Hari ni awek gua bising sebab gua dah lama tak update blog. So Harini gua update khas untuk dia. Sekian.

Monday, January 31, 2011

Keluarkan Duit - Bukan Sains Fiksyen

Minggu lepas di ATM CIMB.


" Bang, mintak tolong.. Macam mana nak keluar kan duit. Nak tekan ape yer?" seorang amoi sebelah gua bertanya. Time tu gua tengah layan masukkan check claim tahun lepas yang baru dapat.
Walaupun beliau seorang amoi, bahasa Malaysianya agak lancar, dan sangat berbudi bahasa. Petanda baik untuk 1 Malaysia.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Dan diatas mesin yang ditekan-tekan amoi tadi terpampang - Cash Deposit.

Sekian.


Tuesday, January 25, 2011

Sains Fiksyen Sebelum Merdeka

Tahun itu tahun 1947.

Di hujung kampung Seri Gamelan, Amran (bukan nama sebenar), duduk berseorangan, termenung, bosan, kutu mati.

Tak tahu apa nak dibuat. Main congkak? apa gila main congkang berseorangan.

Tiba2 benak fikirannya menghasilkan satu idea yang bernas lagi berwawasan.



Api! Api! Api! pekik beliau dah rupa kena polong.

Mendenagr pekikan itu, penduduk kampung termasuk JKKK kampung dan ahli qariah masjid berbondong-bondonglah datang.

Fire extingusher siap di tangan. bomoh hujan dah "on" dengan perkakasan. Dah macam pasar malam, rumah si Amran (bukan nama sebenar).


Melihatkan keadaan havoc begitu rupa, berdekah-dekah la Amran ketawa berguling-guling sabail berkata " Anda dah terkena panggilan hangit!!"





2 minggu kemudian..

Boring lagi...


Harimau! Harimau! Harimau! Pekik Amran (bukan nama sebenar)

Penduduk kampung Seri Gamelan (dahulunya dikenali sebagai Kg Tok Ngah) datang membawa parang, pisau (cukur), pedang, cangkul, sabit segala termasuklah Pak Meor menggalan senapang patahnya.


Pak Meor ni dulu bekas askar, Regimen Aska Melayu.

Tapi tu dulu.. sekarang dah pencen..

Anak daranya yang sedang meningkat remaja.. Ramlah, digilai semua pemuda kampung.. Gebu, comel, cute.. wow!



Ah, abaikan Pak Meor dengan anaknya..


Kembali kepada cerita Amran (bukan nama sebenar)..


Melihatkan kawasan laman rumahnya yang happening macam ada konsert sure heboh, Amran pun ketawa berdekah-dekah sambil menjerit "Anda dah terkena panggil....

Malam tu juga arwah dikafankan..

Sekian.

Tuesday, January 4, 2011

Sains Fiksyen Tahun Baru

2042

Ternyata ramalan movie “Back To The Future” adalah benar belaka. Kereta terbang dan hover board akhirnya berjaya diciptakan walaupun terlewat beberapa tahun.

Air Asia payah cari makan. MAS dah lama jual kapalterbangnya. Kereta terbang Proton model terbaru, model Mahathir facelift, penuh di KLIA. Bukan mendarat! Hantar orang pegi haji. Aku pun tak faham apesal tak pegi je naik kereta. Kan dah boleh terbang!?

Disember lepas, pasukan bolasepak Malaysia menang world cup menewaskan Guatemala. Goalkeeper guatemala mati-mati tuduh Malaysia main tipu. UV light berfrekuensi tinggi disuluh-suluh dimata, katanya.

Entahla.

Perdana menteri Malaysia yang juga goalie pasukan kebangsaan, umumkan hari jumaat adalah cuti umum bagi tahun 2042, tapi hari ahad kena kerja la tapi. Semua pemain dianugerahkan pelantar minyak sorang satu sebab tanah dah habis bagi kat player lawn bowl tahun-tahun lepas.

Argghh… ape merepek ni. Selamat tahun baru 2011 jelah!

Friday, November 12, 2010

The New Perodua Myvi 1.5 Litres?

The Proton Inspira wat out! But Im not blogging about it. Lets talk about the new Perodua Myvi, shall we?

As I promised, here is the story mory...

Last two weeks...

While driving back to my in law's, from Malacca, spotted this...

Followed this car from seremban, but only had chance to take some photos only at Mahameru highway.

Noticed that some other cars are following and tailgating this car. (Hei! you guys never seen a new car before hah? pffftt! haha!)



Frankly speaking, at first I didnt realize that this myvi is different from the others, but the registration number that attract me! Haha! Is this the new myvi that will be release next year?



Rumors said that this car will be powered by 1.5 litres. Wow! such a powerfull engine for a small (or compact, I guess) car.


ps: Need a driving-photographer anyone? Take photograph and drive you to your destination at the same time. The skills that your photographer dont have!. Hah!

Chioww..

Shamrin Lead Singer Fotograf Meninggal Dunia

Al - fatihah buat roh Allahyarham Shamrin, lead singer kumpulan fotograf yang meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, akibat sakit jantung.

Sesungguhnya suara Shamrin memang is the best, takde sape boleh lawan beb!


Lagu "Di Alam Fana Cinta" & "Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal" memang paling aku minat.

Sangat terbaekk!


Kaki-kaki karaoke rock kapak siapa yang tak kenal Shamrin ni?! Mesti kenal punyalah!

Takkan karaoke boleh, nak sedekah fatihah tak boleh bro?


Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Thursday, November 11, 2010

New Perodua Myvi 2011?


Last Thursday, spotted new myvi on the Plus highway.

Not sure either it is a new myvi that being reported will be launch in April 2011, or just a facelift..

Will update with photo in the next post..


Stay tuned..

Thursday, October 21, 2010

Piala Malaysia

TV1,


Hasbullah Awang :


"Sementara itu di stadium paroi kedudukan sekarang berkedudukan Johor FC 1 Seremban 0.."


Huh!? Seremban?

Tuesday, October 19, 2010

Gelandangan

2 minggu lebih bergelandangan di rumah tumpangan

Akhirnya berjaya jugak melabuhkan punggung di atas tilam nipis empuk di rumah sendiri..

Memang tilam ni la yang terbaekk sekali. Pakai dari bujang lagi.. Dah nak masuk 4 tahun setianya tilam ni..

Katilnya disimpan dalam stor. Letak atas lantai untuk mengekalkan originality nya. Maklumla, dikatakan saiz badan gua ni, saiz Caucasian..



Patutla omputih cakap “home sweet home”

Atau translatenya : rumah manis rumah!!

Wednesday, June 16, 2010

Kadang-Kadang

Kadang-Kadang kalau dalam bahasa hindustan adalah kabhie-kabhie, mngkin berasal dari sana(?), entahlah, aku tak ambik peduli.

Sebagai seorang blogger,

1)Kadang-kadang kita ada banyak idea nak menulis, tapi tak ada masa.

2)Kadang-kadang kita ada banyak masa nak menulis tapi takde idea.

3)Kadang-kadang, ertinya, orang yang berkahwin 2, kadang-kadang baru sekali kita dengar. (nujum pak belalang la cakap, aku mana tau)

Dan sekarang aku berada pada kondisi yang kedua..
Sigh!