Showing posts with label My Friends and I. Show all posts
Showing posts with label My Friends and I. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Pheewiiittt!!

Suatu hari ketika menghantar Wanda (bukan nama sebenar) pulang ke rumah halamannya, dalam 75 km/jam,

Lalu satu bus stop..


 

"Pheewiiit.." gua memphewittkan satu awek di bus stop berkenaan..


 

Sepi..


 

"Bolehke saya buat mcm tu?", gua tanya Wanda..

"Boleh, asalkan dorang tak dengar" balas Wanda..


 

Yeay!!!


 

Bus stop ke dua .. " Pheewiiit!!"

Bus stop ke tiga.. " Pheewiiit!!"

Awek tunggu tow truck.. " Pheewiiit!!"

Makcik cuci longkang.. " Pheewiiit!!"

Bus stop ke seterusnya.. " Pheewiiit!!"


 

"TAK BOLEH"


 

Ala….

Monday, July 6, 2009

Satu Petang Di Driving Range


Sambil pukul bola golf haritu, Meor story kat aku.

Begini storynya.

Dia ade calling satu balai polis untuk tanya di mana Encik Inspektor yang tak sampai-sampai lagi nak bagi ceramah.

“ Assalamualikum, saya nak tanya no phone Inspektor Azlan, dia sepatutnya datang bla..bla..”

“Takde Inspektor Azlan kat sini la”, (marah-marah sebab dah suruh telefonis jejak Inspektor Azlan sebelum ni)

“Azlan ke Mazlan, macam tu la nama, Lan-Lan”

“Saya cakap takde nama Lan-Lan kat sini, berapa kali nak cakap”, (Tinggi suara macam sarjan bagi command)

“Kalau macam saya nak no phone pegawai yang sepatutnya dating bagi ceramah kat sini”

“Jap saya check”.


Seminit..


“Ni nombor dia, 019….”

“Saper nama pegawai ni?”

“Inspektor Khairul Azlan…”


Sambil mencangkul tanah meggunakan driver no 1, Meor ada kasi sikit carutan sederhana sopan.

Tuesday, February 3, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan : Episod Bahasa

Haritu aku, Meor, Roy dan 2-3 orang lagi makan di Yankies Hut.
Kami ternampak sepasang couple istimewa rancak bersembang, guna bahasa isyarat. Awek tu cun habaq hang. Putih, tapi tak tau melayu ke cina.

" Ko rasa awek tu melayu ke cina? ", Meor tiba-tiba bersuara.

" Ntah, aku tak dengar dia cakap bahasa ape", aku.

" Hahaha!!"

Kami ketawa sebab tak reti bahasa. Bahasa isyarat.

Thursday, July 10, 2008

Tips Memalukan Rakan Di Dalam Lif

Cara lama : Lu kentut kan? Busukk syall!!

Cara baru : Lu Saiful Bukhari kan? Busukk syall!!

Tuesday, June 3, 2008

My Best Pal Wedding - Part 2

Let see who was there..









Ashraf : Ko jangan over parizul, kang aku tikam ngan keris ni kang



Aku : Thi...hii... hiii.. Peace





Wadah, came with me.





Izmazatulamilia & Kemaainee (rasanya la kot namanya)





ZuraiSulai and her husband.





Long time no see Ainul.

Wednesday, May 28, 2008

My Best Pal Wedding

My classmate - Cik Azwani Zakaria (whom I awarded her with "My Best Pal") akan melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya - Ashraf Ilham yang juga akunyer skoolmate back in Taiping, 31 Mei ni.

Azwani & Ashraf - Cantik Kad

Maybe ade Gang Polymer Bara & Polymer Berry yang kenal dengan cik Azwani sebab dia ada join sekali ke Pangkor suatu masa dulu.


Pangkor with Azwani, Izma & Shafiq Alias

Right now, aku dah hampir seminggu kat Shah Alam atas urusan kerja. Lepas habis kerja tadi aku ke Alam Sentral cari hadiah. 2-3 kali jugak tawaf akhirnya aku dapat hadiah yang mabrur! Haha!

Awek kedai hadiah tolong wrapkan. Aku memang tak reti!

Harap dapat jumpa ramai budak Tepeng Sabtu ni.

Tuesday, September 18, 2007

Siakap 3 Rasa

Malam 1 Ramadhan haritu, pergi makan ikan siakap masak 3 rasa kat Semeling, Sungai Petani. Saing dengan Putra Azzahir Ajwad Bin Saadon. (Tak salah aku, itula nama penuh beliau)

Bagi yang taktau., ade satu restoran ikan bakar kat Semeling ni. Tepi paya bakau, tepi laut, pemandangan cantekkkk woooo!! (ntah cantek ke idak, aku pun tatau, sebab selalu gi waktu malam je. Andaikanjelah cantekkk)

Waktu sampai, nak cari meja paling tepi, konon boleh menonton riak-riak ombak sambil melayan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Tapi takde, semua meja tepi dan diambil orang. Siap ada yang reserved lagi.

Itu bagi aku dan Putra Azzahir Ajwad Bin Saadon. Bagi orang yang suka mengforward sms, mereka mengforward sms amaran menjauhi laut – Tsuamawi, eh, Tsunami.

Bila dapat sms itu dari Saipul, memang 3 rasa je ikan siakap tu. 1.rasa nak balik cepat, 2. rasa tanak makan dah, 3.rasa rugi kalau ikutkanrasa no.2 tadi. Mahal ikan tu! 28 ringgit.

Aku dan berfantasi macam-macam. Aku berfantasi tiang mana yang terhampir untuk dipaut. Putra Azzahir Ajwad bin Saadon berfantasi awek mana yang terhampir untuk diselamatkan. Hampeh!

Friday, July 6, 2007

Baling Anjing

Semalam ada rakan "mengkritik" henset 3310 aku:

“baling anjing pun mati”, ayat biasa, aku dah imun.

Dan aku dah cuba, baling anjing, tak mati pun.

Guna batu, sama saiz, lebih berat.

Aku tak kesah, aku tak pedulik

Kata lah ape kau suka

Asalkan kau bahagia, aku bahagia

Aku bahagia dengan henset aku

Depan kaler lain, belakang kaler lain, kau pedulik hape.

Takde kamera, takde Bluetooth, tak ber-mp3

Henset ini aku suka, aku sayang

Aku sayang henset yang diberi orang ni

Aku sayang orang yang memberi henset ni

Henset aku jadi lambang

Lambang aku sayang orang itu

Dan lambang yang aku bukan orang senang

Aku orang susah, tak mampu miliki henset ribuan ringgit

Bukan macam kau

Aku tersenyum, malas berdebat.

Monday, July 2, 2007

Ally Iskandar & Teh Tarik

Di pagi yang hening itu, di hari itu..
Ku mengadap teh tarikku, bersama nasi gorengku,
Di kafe tempat kerjaku, bersama seorang teman setempat kerjaku..

Sepi, sepiku sendiri aku benci.. (eh, nyebokla ko DianSastro)
Kekadang terdengar bunyi cengkerik rancak berbalas pantun
Temanku itu mengadap kaca televisi, Malaysia Hari Ini, aku mengadapnya, dan teh tarikku..

Apatah yang dibincangkan Ally dan rakan-rakannya di kaca televisi itu, ku tidak pasti
kerana nada dering suara televisi itu diminimumkan, sebabnya? kupun tidak pasti

Tiba-tiba "alololo.. manjanya", temanku itu bersuara
Ku toleh ke belakang, sudah ku duga, Ally Iskandar sedang berbincang dan bergurau senda (?)
Dengan dua tetamu undangannya

Siapa tetamu undangannya itu? kupun tidak pasti
Yang pasti orangnya adalah wanita-wanita yang cute, cantek, menarik, tertarik, kau memang daboom

Hatiku terdetik : "kalau awek cun-melecun, kau kata manja.."

Cuba beliau seorang gadis yang tidak cun-melecun, hidungnya senget, giginya joe

Pasti kau "rubber stamped"kan beliau = GEDIK + MENGADA-NGADA.

Huh!! Mengapa?? Kenapa??

Kupun tidak pasti...

Yang ku hampir pasti

Kau memang dasar

Ya... Bener... Dasar

Dasar jantan kaberet, mata keranjang

Haha..

Sepatah kata penulis :
Ditempat kerjaku, blogspot tak dapat dilayari. Daku tidak perlu risau hati andaikata terdapat anggota kerja menghentak sereberumku bersenjatakan monitornya. Haha lagi...