Showing posts with label Television. Show all posts
Showing posts with label Television. Show all posts

Saturday, February 21, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan : Episod Masuk Kampung

Semalam yesterday malam, pergi makan di Restoran Yus, yang terletaknya dalam kawasan kampung.

Kampung Sg Ramal kot namanya, aku bukan tau sangat, aku bukan orang kampung.. err.. bukan orang kampung situ.

Ramai orang Melayu ada situ duduk. Asal masuk kampung je mesti banyak melayu, asal banyak melayu je mesti masuk kampung. Isk.

Senarai orang-orang terkaya di Malaysia pun, berapa kerat je orang Melayu. Isk.

Tapi ape kejadahnya citer Spa-Q orang Melayu semua kaya-raya. Ni rasa nak Ong-Bak peti tele ni.

Monday, November 24, 2008

Jom Ronda Bersama Proton - Tips Jimat Minyak

Semalam aku menonton Jom Ronda Bersama Proton di TV3. Artis jemputan semalam ialah Chelsia Ng. (Aku minat tul dengan suara amoi ni masa dia buat album dulu dengan Dauglas Lim)

Bagus jugak rancangan ni. Macam semalam, dorang drive dari KL ke Genting, naik turun 2 kali bagi menunjukkan cara-cara dan tips jimat minyak. Eh-eh jimatnya..

Tapi aku ada lagi satu tips jimat minyak yang dorang tak mention.

Duduk umah tengok tv. Tak payah nak ronda-ronda. Lagi jimat minyak! Tak kesah la bersama Proton ke, Perodua ke, Jengkaut, malahan kapal korek sekalipun. Chet podahh!!

Friday, July 25, 2008

Mamme Slrpp Kari Berapi Punya Iklan

Memang tahap guling punya gelak aku tengok iklan ni . Bak kata orang-orang tua - pecah perut. Tapi tak pecah perut pun. Lainla kalau kena ulser. Apapun biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Mulala nak merepek ni.

Bila Mat Shah balik dari Uzbek haritu, dia tanya aku ape perkembangan terbaru Malaysia. Selain kes harga minyak, pasal iklan ni la aku gebang kat dia. Dah macam iklan ni se-kasta isu nasional pulak. Hampeh

Anyway, lepas tengok iklan ni 2-3 kali, aku pun apa lagi, mulala terasa nak makan megi. lagipun boleh buat stok hujung bulan waktu poket tengah kering. (walaupun sejak akhir-akhir ni poket selalu basah sebab kena hujan waktu balik kerja)

Maka merempitlah aku menunggang belalang tempur kesatria baja hitam pusaka ke kedai runcit Sivaria (M) Sdn Bhd yang jual segala macam barang runcit. (Yela, dah namanya kedai runcit. takkan jual bumper keta pulak. Bumper hari raya majalah ujang ade la)

Tanpa segan silu, aku pun beli megi - Cap Cintan.

Monday, June 16, 2008

National Monument

Aiman (bukan nama sebenar) sukakan subjek bahasa Inggeris. Bukan sebab ape. Sebab Miss Zarina (bukan nama sebenar) yang baru menggantikan cikgu Jenab (bukan nama sebenar). Cikgu Jenab dah pencen. Cikgu Jenab tak segebu Miss Zarina. Miss Zarina hidungnya mancung, kulitnya putih dengan bedak, lipstik bagai.

Aiman makin semangat belajar bahasa omputih. Dia tak ponteng-ponteng macam dulu. Ponteng-ponteng bukan zamannya lagi. Aiman mahu dapat markah seratus dalam exam nanti. Baru la Miss Zarina kagum.

Miss Zarina kata kalau nak improve english kena selalu baca paper omputih. Sebab tu Aiman slalu rembat akhbar NST kat perpustakaan, berbantukan kroninya yang berjawatan Pengawas Pusat Sumber gred rendah. Paper tu dibuat baca masa atas bas waktu balik sekolah. Setiap hari. Tak tipu.

Satu hari...

I can help you miss. After three stop, you get down and follow the sigboards”, kata Aiman dengan kembang hidungnya sambil tangan ditegakkan umpama tegaknya tiang bendera di National Monument itu.

Aiman mengigau dalam bas. Dalam bas sekolah mana ada pelancong asing naik nak pergi tugu. Aiman terjun tingkap.

Sekian.

Thursday, June 28, 2007

Studio Bintang Kecil

Malaysia sememangnya bumi bertuah. Kerana dikurniakan pelbagai rancangan realiti tv terutama sekali dalam bidang pengujianan suara. Selepas Akademi Fantasia, Mentor, Gangstarz, Mystarz dan ape kejadahnya lagi ntah, muncul pula, Studio Bintang Kecil. Tahniah!!

Studio Bintang Kecil inilah yang akan menjadi tonggak rakyat Malaysia dalam mencari stock artis-artis untuk digunakan pada masa hadapan. Bukannya nak mencari pelapis-pelapis yang dapat memacu pembangunan negara dalam mengejar visi 2020 (Pekabor Dr M? Sehat?) di era globalisasi seperti para doktor, saintis, arkitek mahupun pemimpin negara, apatah lagi seorang jurutera polimer.

Yang paling menarik hati, makbapak pulak yang lebih sudu dari kuah (sekati je bantai peribahasa). Sepatutnya, makbapak yang menge-ban program sebegini rupa, ini idak.

Mungkin juga darah seni sudah mengalir tujuh keturunan lagi. Yela kan, mungkin juga bapak menakan belah mak tiri sepupu atok nya dulu juga seorang penghibur. Nak buat macam mana...

Kata hati penulis :
1. Tak salah nak menyanyi, tapi ape kejadahnya semua orang nak berlumba-lumba menjadi bintang fofular. Makbapak pun nak anak-anak bergelumang dalam dunia keartisan ini? Ulang suara : ape kajadahnya semua ini?

2. Waktu aku kecil dahulu, andaikata bapakku terdengar aku mendendangkan lagu-lagu fofular yang sering berkumandang di corong radio, secara automatis nya beliau akan memekik "Ooooo... lagu kau hapal, sifir kau lupa...", silap haribulan talipinggang hak kerajaan Malaysia hinggap di medula oblongataku.

3. Akanku tunggu Malaysian Inventor, takkpun Apperantice ala Syed Mokhtar AlBukhary

4. Sekali lagi jika kau setuju dengan pendapat ku ini, kau taip AFUNDI FARIEZUL dan hantar ke DAPAT.