Showing posts with label Current Local Issues. Show all posts
Showing posts with label Current Local Issues. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Sains Fiksyen Tahun Baru

2042

Ternyata ramalan movie “Back To The Future” adalah benar belaka. Kereta terbang dan hover board akhirnya berjaya diciptakan walaupun terlewat beberapa tahun.

Air Asia payah cari makan. MAS dah lama jual kapalterbangnya. Kereta terbang Proton model terbaru, model Mahathir facelift, penuh di KLIA. Bukan mendarat! Hantar orang pegi haji. Aku pun tak faham apesal tak pegi je naik kereta. Kan dah boleh terbang!?

Disember lepas, pasukan bolasepak Malaysia menang world cup menewaskan Guatemala. Goalkeeper guatemala mati-mati tuduh Malaysia main tipu. UV light berfrekuensi tinggi disuluh-suluh dimata, katanya.

Entahla.

Perdana menteri Malaysia yang juga goalie pasukan kebangsaan, umumkan hari jumaat adalah cuti umum bagi tahun 2042, tapi hari ahad kena kerja la tapi. Semua pemain dianugerahkan pelantar minyak sorang satu sebab tanah dah habis bagi kat player lawn bowl tahun-tahun lepas.

Argghh… ape merepek ni. Selamat tahun baru 2011 jelah!

Friday, November 12, 2010

Shamrin Lead Singer Fotograf Meninggal Dunia

Al - fatihah buat roh Allahyarham Shamrin, lead singer kumpulan fotograf yang meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, akibat sakit jantung.

Sesungguhnya suara Shamrin memang is the best, takde sape boleh lawan beb!


Lagu "Di Alam Fana Cinta" & "Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal" memang paling aku minat.

Sangat terbaekk!


Kaki-kaki karaoke rock kapak siapa yang tak kenal Shamrin ni?! Mesti kenal punyalah!

Takkan karaoke boleh, nak sedekah fatihah tak boleh bro?


Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Thursday, October 21, 2010

Piala Malaysia

TV1,


Hasbullah Awang :


"Sementara itu di stadium paroi kedudukan sekarang berkedudukan Johor FC 1 Seremban 0.."


Huh!? Seremban?

Thursday, April 15, 2010

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

Al -fatihah

Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 pagi di Hospital Selayang.

Dulu masa sekolah selalu layan berbalas pantun karya Din Beramboi, di radio.

Berbalas pantun is the best !!

Tuesday, June 2, 2009

Bumbung Stadium Runtuh

Aku dah cakap, jangan bagi defend skor gol,

Lagi-lagi player mesia, memang la sampai bumbung!

Tak bedung punya kaki..

Tuesday, February 17, 2009

Tuesday, November 25, 2008

Datukship for Shah Rukh Khan


Shah Rukh Khan will be coming to Melaka on 6 December to get his Datukship
and I will be there!
I mean, I will be there in Melaka starting this 1st November to start my brand new job. Wish me luck yeah!!

Jangan Telanjangkan

Jangan 'telanjangkan' Wanita UMNO - Halimah

Tatkala membaca tajuk artikel dia atas di Utusan Malaysia Online, perkara pertama aku terfikir ialah

Rafidah Aziz!

Eeewww....


Ps : Mengikut trend zaman sekarang, aku pikir kalau kak Rafidah Aziz kalah dalam perebutan takhta Wanita UMNO, mesti dia akan dapat gelaran Tun, Tun Rafidah Aziz. Tun gguu...

Wednesday, November 19, 2008

Tol Diskaun 10%

Kerajaan umumkan diskaun 10% untuk tol, TETAPI di PLUS utara-selatan & ELITE sahaja DAN HANYA 12 malam hingga 7 pagi sahaja.

Eh..
Dah macam syarikat telefon bimbit la pulak. Ada luar waktu puncak.

Apsal tak buat jugak 8 highway yang selalu dilalui. Bagi diskaun.
Takpun buat 1+5 (nak jadi kakak saya tak?)
Tapi paling bagus buatla kadar rata seluruh negara..

Siapala rakyat malaysia yang setuju syarat 12 malam hingga 7 pagi ni? Tolong la bagitau aku.

Ps: Baik layan Mas Idayu - cintanya 100%

Friday, October 31, 2008

Ini Bukan Menantu, Ini Hantu!!

Gempar gempita sepelusuk buana!!

Gambar hantu sudah terbit!!

Samada gambar hantu atau menantu, aku pun tak tau..

Sekian siri bercakap dengan jin untuk kali ini.

Monday, October 13, 2008

Bekerja Bersama Saya

"Jangan bekerja untuk saya, bekerjalah bersama-sama saya"

Nampaknya semua orang tanak berkerja bersama-sama awak lagi..

Ape-ape ajeLah..


Ps: Oh yer.. Selamat Hari Raya!

Sunday, March 9, 2008

Amukan Pembangkang

Kasihan beliau-beliau..

Yang dikejar tak dapat,
Yang dikendong keciciran.

Yang dikejar Kelantan.
Yang keciciran Penang, Kedah, Perak dan juga Selangor..

Rakan-rakan beliau-beliau turut tersungkur.
Semi-Value, Sharizat tudung selendang pun kena.
Dah kena la tu!
Tsu Koon baru berangan nak jadi menteri kabinet
Dato Zam jadi wartawan balik la.

Ketua beliau-beliau Perak langsung tak keluar rumah
Takut jumpa wartawan gamaknya.
Pergi la jumpa Dato Zam tu!

Banyak betul koridor Beliau
Koridor sana, koridor sini
Project family bisnes kot.
Juta-juta bagi kat anak beranak
Banyak tul duit
Tak bankrupt pulak yer?

Utara selatan timur barat koridor
Nasib baik langit tak dikoridor
Mahathir pun satu je Multimedia Super Corridor
La ni, termenung kat koridor la!
Ke tengah tidor?

Monday, February 25, 2008

Api Dalam Sekam

TV3 buat bersamamu, RTM pun macam tiru je.

Tak percaya, tengoklah TV1 atau TV2.
Bersamamu versi RTM, di Kelantan sahaja, dan dihujung siaran jangan diharap ke mana derma boleh disalurkan. Ha ah, tiada sumbangan melalui SMS.

Tapi diulang-ulang sampai kau orang muntah hijau.
Aku yakin diulang siar sampai hari mengundi.

Saturday, January 5, 2008

Pendidikan Seks Paling Berkesan Bagi Rakyat Malaysia

"Wa sudah manyak kali propose sama kementerian pelajaran supaya masuk itu sex education dalam KBSM, tapi Shamu tak mau..." Kata En Lim (bukan nama sebenar, nama sebenar dia Chua Soi Lek)




".... so, wa bikin sindiri la." Kata En Lim (bukan nama sebenar).


Nota : Dialog adalah tidak ditapis oleh Kementerian Kesihatan dan hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan "personal friend" penulis. Sekian.

Wednesday, October 10, 2007

Witness Protection Act

Menurut Abang Naz, Witness Protection Act di Malaysia akan membolehkan saksi melakukan pembedahan plastik bagi melindungi saksi berkenaan. Sebenarnya, Abg Naz yang perlukan pembedahan plastik.
Sebab : Mana ada Witness Protection Act!
Malu dan memalukan!

Baca di sini: http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=19601
dan di sini : http://ntbn.wordpress.com/2007/10/08/perlindungan-saksi-memang-ada-diberikan-kepada-sirul-dan-azila/

Bagi kes Sirul dan Azila,
menarik beliau-beliau dilindungi sedemikian rupa oleh pihak polis.

Kalau dahulunya di dalam newspaper dan TV boleh dilihat muka mereka. Sekarang ni aku nak tanya, adekah kau kenal muka beliau-beliau ini?

Andaikata beliau-beliau tengah melepak di kedai mamak sambil tengok Rugby World Cup bersebelahan dengan meja kau orang, adekah kau orang bisa cam?
Jangan di lupa mereka dahulunya bekerja di UTK - Unit Tindakan Khas. Pegawai-pegawai UTK adalah rakan sekerja mereka.

Tugasan : Cuba cari gambar Sirul dan Azila supaya penulis boleh tempek di sini untuk semua orang kenali. Bak kata orang : tak kenal maka tak cinta. Penulis nak menjalankan kempen "Mari Mengenal Sirul & Azila".

Tuesday, September 4, 2007

Persona Got Two Oil Tanks! Wow!

Got this one from forwarded e-mail. Photo of Persona's speedometer. Look at the pic very closely-ah!


Yes sir! Persona got two oil gauge meter. This mean that persona had two oil tanks! Wow!

Just like Delorean used by Mcfly in Back To The Future movie - got two source of power : oil and uranium (but of course persona's are both oil)

Well maybe one of them is for biofuel and the other one is for ordinary fuel. Great isnt it?

Or maybe, the tank is divided into two - to the right and left, so that you can fill up the petrol in petrol station easier - dont have to pull the petrol hose to the other side of the car anymore. Wow! what an engineering! That is the purpose of engineer isnt it? To make our life easier.

Haha... No la. I search through internet and found that the defect is because of the mistake make by the proton one of the vendor. they mistakely put the oil meter instead of temperature meter. This pic is taken at the proton showroom on the day that the persona been launch and they had no other cars to change. ( yeah rite!)

What a silly mistake! How can you show this defect car to the people Plotong? Have no one realise it? From the vendor, to the assembly line, to the QC to the showroom, not a single homo-sapien realise it? dont they have any SOP to check it? Or everyone just saying "tak-pa".

Yeah maybe you think that this is only a small (small?) and minor defect. (what a typicall malaysian you are! 50th years ol-ready ma!). Think twice. This is a can-see defect.

What about the things that you cannot see? Internal strees, weld line (to those who know it) in the moulded plastic part maybe. You dont want the dashboard sudenlly fall apart when you park under the sun in this nice weather in Malaysia for a long time, dont you?

That didnt scare you?

Imagine this. You are doing 120km/h in the blood sucking PLUS highway. Going to Ipoh from Taiping (I love Tiaping! Haha!) going through the tunnel. Suddenly the windscreen became "retak seribu" and fall into pieces -a catatrosphic failure just like Titanic. You are lucky if and only if:

1. you still can control your pride (As the say :"Our new Pride" - Persona)
2. You didnt hit the tunnel wall
3. There are no Express Bus (Berjenama "Super" that killed passengger recently) behind you.

Now can you see what the can-see defect means?

FMEA, QC, SOP, TS is not only to be written on papers, vendors!

Cheers labrat!

Nota Kaki:
My lecturers must be proud of me because after all the 4 years of susah payah of teaching my semi-disfuctional brain, I used what the tought only to blog! Hahaha!!

Tuesday, August 28, 2007

Gadis Veterinar Bertudung Dengan Babi

Kat tempat kerja daku, daku kena fire. Sebab aku sorang je kata dak pompuan tu tak salah. Kuikuikui..

Lantak korang la. Korang je pandai. Mentang-mentang la ada Master. Aku apa ada. Degree cukup makan je.

Ape la salah beliau? Aku pun tak faham.

Beliau student vet. Dah memang keje beliau. Bukannya berdosa pun nak pegang. Bukan dia saja suka-suka bikin ini funfair serupa bapak dia punya funfair. Lepas pegang, samak. Tu je. Apa masalahnya?

Kang merebak virus nipah ngan J.E, kau nak tolong controlkan? Suruh cha ya nun alip? Ntah-ntah dia cabut ke overseas dulu. Pastu kau kena J.E. Baru berpadanan muka kau.

Gembira masa amik gambar? Bistu? Takkan nak wat sedih lak amik gambar? Kalau sedih wat pe amik gambar. Chet.

Bukannya beliau makan pun natang haram tu. Beliau seorang pelajar yang tanggungjawapnya belajar. Ok pe. Bukannya macam aku yang perabih duit kerajaan masa belajar. Cis sungguh aku ini.

Lagi pula, dia pun mesti tau nak tukar pakaian yang dia wat keje ngan natang bewok sekalipun dengan pakaian yang dia wat solat ataupun pergi berekreasi di tepi tasik.

Orang melayu ni cepat melatah. Asalkan benda baru sket semua tak boleh. Padahal bukan benda baru pun. Kau je yang tak pernah tengok.

50 tahun merdeka.

Tapi pikir macam orang dulu-dulu yang melatah bila ada orang antor anak kat sekolah omputih. Sekarang ni bukan setakat sekolah omputih, universiti omputih, omhitam, ombak, jamnya pukul berapa om? Dan macam-macam om lagi lah.

50 tahun merdeka, minda masih tak boleh berfungsi seperti bangsa merdeka. Chit-pthuih!

Thursday, August 16, 2007

Proton Persona

Semalam Proton lancar model baru beliau : Proton Persona. Ni sebahagian gambar yang sempat aku seludup keluar daripada buletin utama TV3 semalam.

Persona - Our New Pride & Joy, except for our power window la!


" Nak gi mana cik adik? Meh la abang hantarkan"

Pandangan Sisi


Muka Hadapan

Muka Belakang
Seantero alam maya dah tau Persona adalah nama bagi Wira untuk pasaran UK.
By the way, Persona ni pun memang Wira Replacement Model (WRM).

Yang mengkonpiuskan kepala hotak aku yang 24jam sehari konpius ni, Gen 2 pun WRM jugak.
Nanti bila sampai di UK, orang sana for sure akan anggap model ni adalah model baru bagi Persona lama (Wira) & Gen 2 adalah model yang berbeza (padehal Gen2 pun WRM jugak). Gen 2 pun nak nama Persona jugak doh!

Fenin aku. Boleh sesiapa yang baik hati tolong explain kat aku? Atau aku seorang sahaja yang konpius?

Satu lagi yang aku perasan (aku je kot), pandai betul Proton wat kereta sefesyen je, lebih kurang sama je. (Persona, Gen 2 & Neo) Yela, boleh pakai tool, mould and jigs yang sama. Sepp siot Proton!!

Ps: Dengar cerita, Iswara Replacement Model akan dikeluarkan Januari 2007.

Thursday, July 26, 2007

Proton & Gen2 Sedan

Produk baru daripada PROTON :




Rasanya ramai dah boleh agak, ini kereta Gen2 Sedan. Aku 99% sure ini Gen 2 Sedan melihatkan daripada buntutnya. (Perhatian : Aku suka tengok buntut kereta sahaja!)


Paul Tan (paultan.org) dah pernah post gambar-gambar Gen 2 Sedan bilamana produk ini melakukan on road test, di blog beliau, bulan APril lalu :




Teringat kerja dengan satu company vendor proton satu ketika dulu. Bulan ni, tahun lepas start keje. Pembekal central switch untuk Gen2, Savvy and Neo. (WRM, TRM & SRM). Pening dengan TS 16949. Tak tau company tu dah dapat TS ke belum. Sekarang ni keje dengan company yang meluluskan TS. Nasib baik bukan bahagian aku. Kalau tidak memang aku tak luluskan!! Hahaha.. Kejam!

Wahai vendor-vendor Proton sekalian! Berubahlah! Jangan senang dengan bisnes yang ada! Jangan mengharap OEM semata-mata. Bagaimana pula dengan OBM, ODM?

Jangan gunakan politik untuk dapatkan bisnes and then hanya jadi orang tengah untuk kutip untung. Aduhai.

Aduhai Proton, aduhai vendor Proton, aduhai bumiputra!