Friday, June 6, 2008

Beliau Kata Kita Mesti Ubah Cara Hidup

Beliau kata kita mesti ubah cara hidup...
Dato Seri,
Saya yang hina ini menunggang motosikal berjenama Kriss 110 cc yang telah berusia sepuluh tahun peninggalan arwah ayah saya untuk berulang-alik tempat kerja dan kadangkala pulang ke kampung.

Ko nak suruh aku ubah ape? Nak suruh aku naik basikal? Jalan kaki? Mau tercabut kaki aku kalau jalan kaki. Baik aku masuk lumba jalan kaki.
Ko lainla naik jet. Chet Poodahh!!



Beliau kata kita mesti ubah cara hidup...
Dato Seri,
Saya dan teman serumah saya ada menanam sedikit cili untuk kadangkala dimasak bersama-sama sardin cap ayam untuk santapan di waktu malam.

Ko nak suruh aku tanam kobis bunga? serai? timun? buah naga? jintan manis? Buat bendang kat tepi umah aku?
Tu bukan ubah cara hidup dah. Tu ubah keje terus, jadi petani serba boleh. Ko nak umah aku jadi kawasan pertanian ke hape?
Oh yea.. Pertanian adalah perniagaan, tak begitu Dato Seri? Chet Poodahh!!


Sekian. Harkkhh Ptuihh!!

Tuesday, June 3, 2008

My Best Pal Wedding - Part 2

Let see who was there..









Ashraf : Ko jangan over parizul, kang aku tikam ngan keris ni kang



Aku : Thi...hii... hiii.. Peace





Wadah, came with me.





Izmazatulamilia & Kemaainee (rasanya la kot namanya)





ZuraiSulai and her husband.





Long time no see Ainul.

Wednesday, May 28, 2008

My Best Pal Wedding

My classmate - Cik Azwani Zakaria (whom I awarded her with "My Best Pal") akan melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya - Ashraf Ilham yang juga akunyer skoolmate back in Taiping, 31 Mei ni.

Azwani & Ashraf - Cantik Kad

Maybe ade Gang Polymer Bara & Polymer Berry yang kenal dengan cik Azwani sebab dia ada join sekali ke Pangkor suatu masa dulu.


Pangkor with Azwani, Izma & Shafiq Alias

Right now, aku dah hampir seminggu kat Shah Alam atas urusan kerja. Lepas habis kerja tadi aku ke Alam Sentral cari hadiah. 2-3 kali jugak tawaf akhirnya aku dapat hadiah yang mabrur! Haha!

Awek kedai hadiah tolong wrapkan. Aku memang tak reti!

Harap dapat jumpa ramai budak Tepeng Sabtu ni.

Friday, May 16, 2008

3 Isteri Sokong Hasrat Suami Kahwin Lagi

Dipetik dari : Utusan

"....Mohamed Nor yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan sudah mempunyai tiga orang isteri dengan 18 orang anak berusia antara empat hingga 34 tahun, serta empat orang cucu..."

“Saya pelik dengan kes ini kerana sepanjang saya menjadi hakim, ini kes pertama ketiga-tiga isteri benarkan suami berkahwin lain malah mereka menyokong kuat hasrat itu,”

Bukan sekadar gambar hiasan.

Bak kata orang Perak : Bior ler dia...

Iklan : Post ini tidak ditaja oleh Tongkat Ali Power Root. Sekian.

Wednesday, May 14, 2008

39 Tahun Sesudah 13 Mei

Harini 14 Mei, bermakna semalam adalah 13 Mei 2008. Sudah 39 tahun berlalu. Tak tahu samada salah atau tidak dari segi undang-undang kerajaan Malaysia untuk mengucapkan selamat ulangtahun ke 39.
DEB?

Yeah, DEB

Monday, May 12, 2008

Wednesday, May 7, 2008

Malaysiaku Bumi Bertuah


Malaysia bumi bertuah, kaya dengan flora dan fauna - tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatangan.

Pelbagai binatang-binatangan ada. Dari babi (tak habis-habis isu babi) sampaikan Bigfoot dan monkey di Parlimen. (penulis lebih sukakan hidupan laut seperti Spongebob, Patrick dan Encik Krab!)

Ambik dari Blog Encik Kenny



Mungkin Parlimen juga boleh tiru idea Zoo Taiping - Night Safari, boleh tengok Bigfoot dan monyet di waktu malam denagn harga tiket yang lebih mahal.

Sama seperti di Zoo Taiping, dengan tiket yang lebih mahal berbanding siang harinya ini, anda dapat melihat haiwan-haiwan yang sepatutnya aktif di waktu malam sedang lena dibuai mimpi indah sambil berdengkur dengan lelehan air liur basi. (hampeh!)

Aahhh.. lantak korang la nak bergaduh tarik rambut ke, nak bercakaran seperti harimau kumbang albino ke, ape ke, jangan naikkan harga petrol, tol dan barang-barang lain udah!

Tuesday, May 6, 2008

Now Everyone Can Blog!

Guess what? Tun Dr Mahathir has become a blogger! I must say that Im jealous of him because surely his blog got more hits than mine. Haha..

Tun should consider to write The New Malay Dilemma. This time in his blog.

Dr Mahathir Mohamad: A Weak Government is not good for Multi-racial Malaysia

Monday, May 5, 2008

Serik Main Bowling

Minggu lepas main bowling denagan Matshah aka Josh and the gang. Aku tak berapa minat sebenarnya main bowling. Aku lebih meminati persaingan vocal secara sihat. Hahah..

Baru lah aku sedar yang sebenarnya aku dah tak boleh main bowling disebabkan ibu jari yang cacat, atau bahasa mudahnya OKU.

Sakit yang teramat sangat ibu jari kanan kalau main bowling. Ine semua akibat eksiden ketika menyertai Cub Prix satu ketika dulu. (Tipu)

Yang sebenarnya disebabkan seorang pakcik yang memberhentikan motorkeretanya (ayat report polis) di tengah jalan.
Aku pun keceper la langgar Motorkereta beliau. Tarak kesian punya!!

Berikut disenaraikan perkara-perkara yang aku ngak bisa lakukan disebabkan ke-OKU-an aku :

1.Buka botol chemical yang ketat-ketat
2.Main bowling
3.Belanja rakan-rakan tengok wayang.

Sekian.

Sunday, April 27, 2008

Cakar Harimau

Majalah 3 jam 9 malam tadi memperkatakan tentang harimau di Lost World Of Tambun.

Menariknya sebab ditunjukkan telatah anak-anak harimau yang comel-comel belaka yang kelaparan susu.

Maka cik hos rancangan pun menyusukan la anak harimau ni. (Mestila pakai botol. Gile ke ape, tajam tu gigi anak rimau tu!)

Habis di cakar-cakarnya tangan cik hos yang gebu putih tu.

Sambil menunjukkan kesan cakaran, cik hos menyatakan dia puas walaupun dicakar.

Aku hanya mampu berimaginasi…