Thursday, June 12, 2008

Teringat Waktu Dahulu : Pengakap

Dulu masa sekolah rendah kat Kuala Kurau, aku join pengakap.

Bukan aku join, cikgu darjah 3 Seroja pilihkan untuk anak muridnya. Mungkin cikgu lihat dari segi kecenderungan murid-muridnya. Mungkin juga ikut suka hati bapak tiri laki mak dia. Mungkinla..

Sahabat baik aku, Muhammad Azhar Bin Abdul Latiff kena masuk Persatuan Bulan Sabit Merah. Huh!! Tak kewl langsung Persatuan Bulan Sabit Merah. Kami geng Pengakap anggap itu Persatuan Pondan, walaupun kami sendiri masih mentah untuk mengerti apa sebenarnnya konsep kepondanan itu.

Kami Pengakap ada camping-camping, buat khemah, buat unggun api, memburu binatang dan macam-macam lagi aktiviti-aktiviti ganas. Kami dah macam protege Rambo la. Memang rock!! (Konon-konon jela time tu.)

Cikgu Pengakap kami adalah seorang cikgu cina. Aku ingatkan dia buat sendiri motto "buat sehabis baik". Rupanya itu memang motto Pengakap seMalaysia. Ohw...

Masa merdeka tahun 1993 kami masuk pertandingan perbarisan dan kawad kaki. Kami menang tempat kedua dalam daerah. Kami hebat. Kami ingatkan kami dah kalahkan geng-geng polis dan tentera. Kami semakin hampir menjadi Rambo.

Rupanya kami menang bagi peringkat sekolah rendah je. Ohww...

Kami Ahli Pengakap Muda, Buat Sehabis Baik!!



Masa ada kawan kami yang pengsan, Persatuan Bulan la yang tolong. Kalau takde Persatuan Bulan, dah lama dah berbuih mulut.

Selamat Persatuan Bulan dari sekolah lain. Fuhh..!!

Monday, June 9, 2008

Teringat Waktu Dahulu : 30 Sen

Dulu masa sekolah rendah kat Kuala Kurau, mak aku bagi 30 sen buat beli makanan masa rehat.

Feveret aku masa rehat adalah air oren dengan bihun goreng yang dicampur dengan sedikit kuah laksa. Sedap wooo...

Kalau ade member RMT (Rancangan makanan tambahan) yang tak datang, aku dapat makan free sebab aku sapu dorang punya tiket RMT. Hahahah..

Mak aku kata dia dulu pergi sekolah dapat 2 sen je.. Yela tu, leh percaya ke mak ni? Ntah-ntah mak auta je..

Nanti kalau anak aku tak percaya aku dapat 30 sen je masa sekolah, aku lempang muka dia!
Hahahah!!

Saturday, June 7, 2008

Tips Jimat Minyak

Bagaikan sepakat, kebanyakkan bloggers post tajuk yang sama.
Aku pun nak join jugak lah!

Tips jimat minyak satu : Kurangkan memasak makanan bergoreng, ikan keli goreng, ayam goreng berempah, keropok lekor dan sebagainya.
Sebaliknya tukar kepada teknik kukus, keropok lekor kukus sebagai contoh. Makan mentah lagi bagus sebab harga gas masak pun dah naik.

Tips jimat minyak dua : Hati-hati ketika menatang minyak yang penuh. Jangan sampai tersadung aral melintang bagi mengelakkan minyak tertumpah.

Tips jimat minyak tiga : Beri nasi putih je kat tetamu majlis kawen anda. Tak perlu nasik minyak

Tips jimat minyak empat : Gantikan minyak dengan dengan air sabun bagi memudahkan anda meloloskan diri ketika anda melakukan kerja part-time tersebut di waktu malam. (Note : Ini tips untuk orang minyak sahaja) Bagi Full-timer orang minyak- ghentikan jela. Tak balik modal beb! Baik ko jadi jaga kat Ipoh.

Sekian. Renung-renungkan dan selamat beramal~~~

Friday, June 6, 2008

Beliau Kata Kita Mesti Ubah Cara Hidup

Beliau kata kita mesti ubah cara hidup...
Dato Seri,
Saya yang hina ini menunggang motosikal berjenama Kriss 110 cc yang telah berusia sepuluh tahun peninggalan arwah ayah saya untuk berulang-alik tempat kerja dan kadangkala pulang ke kampung.

Ko nak suruh aku ubah ape? Nak suruh aku naik basikal? Jalan kaki? Mau tercabut kaki aku kalau jalan kaki. Baik aku masuk lumba jalan kaki.
Ko lainla naik jet. Chet Poodahh!!



Beliau kata kita mesti ubah cara hidup...
Dato Seri,
Saya dan teman serumah saya ada menanam sedikit cili untuk kadangkala dimasak bersama-sama sardin cap ayam untuk santapan di waktu malam.

Ko nak suruh aku tanam kobis bunga? serai? timun? buah naga? jintan manis? Buat bendang kat tepi umah aku?
Tu bukan ubah cara hidup dah. Tu ubah keje terus, jadi petani serba boleh. Ko nak umah aku jadi kawasan pertanian ke hape?
Oh yea.. Pertanian adalah perniagaan, tak begitu Dato Seri? Chet Poodahh!!


Sekian. Harkkhh Ptuihh!!

Tuesday, June 3, 2008

My Best Pal Wedding - Part 2

Let see who was there..









Ashraf : Ko jangan over parizul, kang aku tikam ngan keris ni kang



Aku : Thi...hii... hiii.. Peace





Wadah, came with me.





Izmazatulamilia & Kemaainee (rasanya la kot namanya)





ZuraiSulai and her husband.





Long time no see Ainul.

Wednesday, May 28, 2008

My Best Pal Wedding

My classmate - Cik Azwani Zakaria (whom I awarded her with "My Best Pal") akan melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya - Ashraf Ilham yang juga akunyer skoolmate back in Taiping, 31 Mei ni.

Azwani & Ashraf - Cantik Kad

Maybe ade Gang Polymer Bara & Polymer Berry yang kenal dengan cik Azwani sebab dia ada join sekali ke Pangkor suatu masa dulu.


Pangkor with Azwani, Izma & Shafiq Alias

Right now, aku dah hampir seminggu kat Shah Alam atas urusan kerja. Lepas habis kerja tadi aku ke Alam Sentral cari hadiah. 2-3 kali jugak tawaf akhirnya aku dapat hadiah yang mabrur! Haha!

Awek kedai hadiah tolong wrapkan. Aku memang tak reti!

Harap dapat jumpa ramai budak Tepeng Sabtu ni.

Friday, May 16, 2008

3 Isteri Sokong Hasrat Suami Kahwin Lagi

Dipetik dari : Utusan

"....Mohamed Nor yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan sudah mempunyai tiga orang isteri dengan 18 orang anak berusia antara empat hingga 34 tahun, serta empat orang cucu..."

“Saya pelik dengan kes ini kerana sepanjang saya menjadi hakim, ini kes pertama ketiga-tiga isteri benarkan suami berkahwin lain malah mereka menyokong kuat hasrat itu,”

Bukan sekadar gambar hiasan.

Bak kata orang Perak : Bior ler dia...

Iklan : Post ini tidak ditaja oleh Tongkat Ali Power Root. Sekian.

Wednesday, May 14, 2008

39 Tahun Sesudah 13 Mei

Harini 14 Mei, bermakna semalam adalah 13 Mei 2008. Sudah 39 tahun berlalu. Tak tahu samada salah atau tidak dari segi undang-undang kerajaan Malaysia untuk mengucapkan selamat ulangtahun ke 39.
DEB?

Yeah, DEB

Monday, May 12, 2008

Wednesday, May 7, 2008

Malaysiaku Bumi Bertuah


Malaysia bumi bertuah, kaya dengan flora dan fauna - tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatangan.

Pelbagai binatang-binatangan ada. Dari babi (tak habis-habis isu babi) sampaikan Bigfoot dan monkey di Parlimen. (penulis lebih sukakan hidupan laut seperti Spongebob, Patrick dan Encik Krab!)

Ambik dari Blog Encik Kenny



Mungkin Parlimen juga boleh tiru idea Zoo Taiping - Night Safari, boleh tengok Bigfoot dan monyet di waktu malam denagn harga tiket yang lebih mahal.

Sama seperti di Zoo Taiping, dengan tiket yang lebih mahal berbanding siang harinya ini, anda dapat melihat haiwan-haiwan yang sepatutnya aktif di waktu malam sedang lena dibuai mimpi indah sambil berdengkur dengan lelehan air liur basi. (hampeh!)

Aahhh.. lantak korang la nak bergaduh tarik rambut ke, nak bercakaran seperti harimau kumbang albino ke, ape ke, jangan naikkan harga petrol, tol dan barang-barang lain udah!