Masuk office pagi ni aku gelak membaca e mail. Officemate kata aku dah sewel gelak sorang-sorang. Agaknya kalau aku gelak secara bergu, persepsi dorang berubah kot. Abaikan. Aku copy paste (biasala... tadak modal nak tulis ape, copy paste jela kerje gua...) :
Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"
Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. Tapi masih kehairanan.. Untuk menghapus rasa keraguannya..
dia bertanya lagi..
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'..
lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'.
Akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"
"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje...
Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...
"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"
Monday, September 8, 2008
Thursday, August 14, 2008
Ada Macam-Macam Jenis Kabel
Kabel. Kabel ni ada macam-macam jenis. Macam-macam jenis kabel ni ada. Macam-macam Aznil pun tak semacam-macam kabel yang ada.
Ada kabel kuasa. Yang ni ko jangan main-main, sebab dia berkuasa. Kalau nak potong kabel ni kena tutup switch dulu, barulah ia tak berkuasa. Kalau tak, sendiri tanggung la kalau kena shock.
Ada kabel untuk kereta. Kereta kabel le ni. Kabel ni kuat bang. Kalau setakat pakai gunting lipat 5 kupang yang budak sekolah rendah pakai masa pendidikan seni tu nak potong kabel ni, lebih baik tak payah bang.
Kabel ni kuat bang. Kalau setakat 3-4 orang dalam kereta kabel, sekali nafas je dia tarik bawa naik atas. Hero tak hero la. Sekejap je dah sampai puncak bukit. Gunung pun tadak hal la bang, kak long. Gunung Mat Chincamg tu rileks je bro..
Orang kebanyakkan yang datang dari famili kebanyakkan macam aku ni, itu bukit kasi sendiri panjat la!
Adil?

Friday, August 8, 2008
Memasak Sendiri Makan Malam Boleh Menyebabkan Obesiti
Hujah no 1 : Sedap
Kalau masak sendiri ko boleh letak garam, sos, kicap, ajinamoto ikut hati sendiri. Ikut selera masing-masing. Hanya perlu tepuk dada tanya selera. Ini menjadikan masakan yang dimasak bertambah sedap. (Sedap la bagi ko!) So makan banyak la. Makan banyak bisa menyebabkan obesiti. Obesiti bisa menyebabkan nak naik tingkat satu dari ground floor pun naik lif.
Hujah no 2 : Kalau Tak Sedap.
Kalau tak sedap lagi susah. Housemate ko confirm makan sikit je. Takpun tak makan langsung. Siapa nak perabih? Takkan nak buang, nanti Pak Lah marah. Beliau kata jangan membazir. Membazir amalan syaitan. Dah la perangai syaitan, takkan nak beramal cara syaitan. So ko kena la perabih.
Hujah no 3 : Salah Bajet
Ni bukan Bajet 2oo8 yang akan dibentang di parlimen. Ni salah bajet tuang beras dalam periuk. Maklumla amatur katakan. Nasi dah confirm terlebih. Nak bagi kucing makan? Kucing sekarang dah tak makan nasi. Dorang makan whiskers je. Sombong nyer kucing.
Hujah no 4 : Housemate Dah Makan
Ni lagi susah. Mati kembung perut ko nak habiskan semua. Takkan nak simpan malam esok. Basi pulak kang. Tengahari confirm tak balik rumah. Lagi teruk kalau housemate sengaja merekacipta hujah no 4 ni disebabkan hujah no 2 tadi (berkait tu!) Dah la tak sedap. Kucing yang selalu mengiau tengah malam sampai aku tak boleh tidor dah confirm sebelah mata pun dia tak pandang.
Hujah no 5 : Berhampiran Tempat Landing
Kalau makan kat kedai, at least ada sikit jalan-jalan kalau tak singgah mana-mana pun. Kalau kat rumah, bantal memang tersedia di mana-mana. Anytime anywhere la kata orang tua-tua. Silap haribulan tepi dapur boleh mendarat dengan selamat dan jayanya.
Nota : Malas basuh periuk, kuali & pinggan mangkuk. Mangkuk betul!

Wednesday, August 6, 2008
Aku di Stamford Bridge !!
Minggu lepas (Yer.. cerita lama ni) Malaysia telah bertemu Chelsea dalam satu perlawanan persahabatan di Stamford Bridge Stadium. Ini adalah sebahagian daipada road tour pasukan Malaysia di UK.

Malaysia kalah 2-0 !!
Sekian laporan saya untuk 999. Lu pikir la sendiri !!
RM 33? Apekejadah pakai Ringgit Malaysia kat Stamford Bridge?
Stadium Stamford Bridge buat sikit renovation ni. Dorang tambah track kat keliling padang.
Player Chelsea yang turun malam tu.
Ramai yang datang. Kebanyakkan adalah warga negara Malaysia. Yelakan, bukan senang tengok player Malaysia main di Stamford Bridge.
Malaysia kalah 2-0 !!
Sekian laporan saya untuk 999. Lu pikir la sendiri !!
Friday, July 25, 2008
Mamme Slrpp Kari Berapi Punya Iklan
Memang tahap guling punya gelak aku tengok iklan ni . Bak kata orang-orang tua - pecah perut. Tapi tak pecah perut pun. Lainla kalau kena ulser. Apapun biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Mulala nak merepek ni.
Bila Mat Shah balik dari Uzbek haritu, dia tanya aku ape perkembangan terbaru Malaysia. Selain kes harga minyak, pasal iklan ni la aku gebang kat dia. Dah macam iklan ni se-kasta isu nasional pulak. Hampeh
Anyway, lepas tengok iklan ni 2-3 kali, aku pun apa lagi, mulala terasa nak makan megi. lagipun boleh buat stok hujung bulan waktu poket tengah kering. (walaupun sejak akhir-akhir ni poket selalu basah sebab kena hujan waktu balik kerja)
Maka merempitlah aku menunggang belalang tempur kesatria baja hitam pusaka ke kedai runcit Sivaria (M) Sdn Bhd yang jual segala macam barang runcit. (Yela, dah namanya kedai runcit. takkan jual bumper keta pulak. Bumper hari raya majalah ujang ade la)
Tanpa segan silu, aku pun beli megi - Cap Cintan.

Sunday, July 13, 2008
Berjiwa Rakyat
Kadang-kala nilai-nilai murni tertentu memang tidak dapat dipisahkan daripada orang tertentu sahaja.
Semua sultan berjiwa rakyat. Tak pernah yang tak berjiwa rakyat, kecuali dalam buku sejarah.
Ampun Tuanku.

Happy Birthday Blogtue
Owh, blog ni dah setahun jagung taiwan kukus lebih dah..
Happy belated birthday Blogtue.
Happy belated birthday Blogtue.
Friday, July 11, 2008
Baik Punya Cilok
Satu petang yang gelap kini sudah terang, duduknya aku di dalam kereta Avanza bersama-sama 3 orang rakan sekerja melewati Plaza Alam Sentral.
"Rumah Dr tu besar... bla..bla..bla... bilik air... bla..bla..bla.. ruang tamu pun dua.. bla..bla..", bos aku.
"Bini pun sampai dua....", Encik Lokman menambah.
"Tapi aku dengar dia nak jual dah..", kata bos aku.
"Bini dia? ", aku cilok, setelah menyedari ke-defect-an ayat.
"Rumah dia la!!", kata bos lagi sorang.
"Oooo", aku.

Thursday, July 10, 2008
Tips Memalukan Rakan Di Dalam Lif
Cara lama : Lu kentut kan? Busukk syall!!
Cara baru : Lu Saiful Bukhari kan? Busukk syall!!

Tuesday, July 8, 2008
Ini Bukan Blog Mazidul!!
Kejadahnya korang semua yang sesat ni cari mazidul kat sini?
Aku tak segemuk dia laa!!!!
Aku tak segemuk dia laa!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)