Friday, December 18, 2009

Mencipta Rekod

Aku nak cipta rekod baru..

Tak post ape-ape dalam blog ni dalam masa setahun.

Hahahaha..



Eh, jap...
Damn...

Thursday, August 6, 2009

Aku Baru Tahu

Testing-Testing!

Aku baru tahu,

Rupanya boleh post blog melalui Microsoft Word.

Bilala Pos Malaysia Berhad nak lancarkan fungsi macam ni?

-Fariezul ; directly from Microsoft Word

Tuesday, August 4, 2009

High Beam

Memandu.


Kalau di tempat lain, lampu tinggi membawa maksud : “Awas! Encik polis di hadapan”.


Kalau di sini, di tempat jin bertendang di sini,

Lampu tinggi membawa maksud :


“Awas! Lembu di hadapan”.


Terma yang sinonimkah?

Monday, July 6, 2009

Satu Petang Di Driving Range


Sambil pukul bola golf haritu, Meor story kat aku.

Begini storynya.

Dia ade calling satu balai polis untuk tanya di mana Encik Inspektor yang tak sampai-sampai lagi nak bagi ceramah.

“ Assalamualikum, saya nak tanya no phone Inspektor Azlan, dia sepatutnya datang bla..bla..”

“Takde Inspektor Azlan kat sini la”, (marah-marah sebab dah suruh telefonis jejak Inspektor Azlan sebelum ni)

“Azlan ke Mazlan, macam tu la nama, Lan-Lan”

“Saya cakap takde nama Lan-Lan kat sini, berapa kali nak cakap”, (Tinggi suara macam sarjan bagi command)

“Kalau macam saya nak no phone pegawai yang sepatutnya dating bagi ceramah kat sini”

“Jap saya check”.


Seminit..


“Ni nombor dia, 019….”

“Saper nama pegawai ni?”

“Inspektor Khairul Azlan…”


Sambil mencangkul tanah meggunakan driver no 1, Meor ada kasi sikit carutan sederhana sopan.

Thursday, July 2, 2009

Teka Teki Hari Ini

Kalaulah orang bisu boleh berkata-kata, apekah perkataan pertama dia akan kata ?
.
.
.


.
.
.

Cubaan suara.. 1..2..3.. !

Friday, June 26, 2009

Post Yang Ke-100 Kali


Yeayy!!

Dah seratus!

Sempena kejadian bersejarah berkenaan, aku isytiharkan ahad ni cuti umum.

Sekian.

Tuesday, June 2, 2009

Bumbung Stadium Runtuh

Aku dah cakap, jangan bagi defend skor gol,

Lagi-lagi player mesia, memang la sampai bumbung!

Tak bedung punya kaki..

Thursday, May 28, 2009

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Hang Tuah Tak Nampak Di Kaki, Tapi Pada Huruf Ta!

Babak 1 : Atas Katil
Ko…Ko..Kok..Kokkk!!!
Apsal awal pulak alarm handphone ni?
Cis! Ayam rupanya, berani beliau imitate aku punya alarm.


Babak 2 : Kat Opis
“Sape bela ayam kat quarters?”, aku.
“Encik Musa drebar”, Madi.
“Ooo.. Senang la aku bangun awal lepas ni..”, aku.


Babak 3 : Kul 9 Malam
Ko…Ko..Kok..Kokkk!!!


Babak 4 : Kul 12 Tengah malam
Ko…Ko..Kok..Kokkk!!!


Babak 5 : Kul 3 pagi
Ko…Ko..Kok..Kokkk!!!
“Ade jugak ayam yang kena Ong-Bak pagi-pagi buta ni kang”, aku.

Saturday, May 16, 2009

Patutla

"Penang Integrity Institute (PII) chief executive officer Rozaidi Razali said there were at least 50 reported cases of men being physically beaten up by their wives between 2006 and 2008 nationwide. There was even a case where the wife set fire to her husband."
The Star semalam.

Patutla brader Honda City tak kawen-kawen lagi.
Hahaha.. jangan marah Din!!