Hari ni gua ada rasa gembira segan mati tak mahu.
Diberitakan gua punya claim sudah siap.
Dalam masa kurang daripada beberapa millisecond saja gua dah terpacak depan kakak claim tu menuntut 2 utus check yang sepatutnya gua dapat tahun lepas lagi.
Claim kena potong 200 hinggit.
Cilake (dalam hati), Tima kseh yer kak (Hati kakak claim jgn diguris, kalau diguris buruk padahnya..)
Baru ingat nak tukar bumper belakang yg kena sondol tempoh hari. Kawasan tu memang hot orang sondol belakang.
Ni bila More Jutaria nak on-air balik ni??
Wednesday, January 6, 2010
Sunday, December 20, 2009
Keris dan Tengkolok
Gua mendaki tangga menuju bilik 131.
Pertengahan jalan, dua brader tengah terkial-kial sambil ngomel-ngomel mengangkat sofa dari lobi ke selang dua-tiga bilik berhadapan bilik gua.
"Ade VIP nak datang ke bang?" aku cuba ramah-tamah, padehal gua dah perasan dorang test karpet kaler kuning itu hari.
"Sultan Kedah nak datang esok", jawap bro tu, ringkas dan padat.
…
Kalau aku curik tengkolok dengan keris beliau, kalau lalu highway kena bayaq tol dak?
Friday, December 18, 2009
Mencipta Rekod
Aku nak cipta rekod baru..
Tak post ape-ape dalam blog ni dalam masa setahun.
Hahahaha..
Eh, jap...
Damn...
Tak post ape-ape dalam blog ni dalam masa setahun.
Hahahaha..
Eh, jap...
Damn...
Friday, August 7, 2009
Thursday, August 6, 2009
Aku Baru Tahu
Testing-Testing!
Aku baru tahu,
Rupanya boleh post blog melalui Microsoft Word.
Bilala Pos Malaysia Berhad nak lancarkan fungsi macam ni?
-Fariezul ; directly from Microsoft Word
Tuesday, August 4, 2009
High Beam
Memandu.
Kalau di tempat lain, lampu tinggi membawa maksud : “Awas! Encik polis di hadapan”.
Kalau di sini, di tempat jin bertendang di sini,
Lampu tinggi membawa maksud :
“Awas! Lembu di hadapan”.
Terma yang sinonimkah?

Monday, July 6, 2009
Satu Petang Di Driving Range

Sambil pukul bola golf haritu, Meor story kat aku.
Begini storynya.
Dia ade calling satu balai polis untuk tanya di mana Encik Inspektor yang tak sampai-sampai lagi nak bagi ceramah.
“ Assalamualikum, saya nak tanya no phone Inspektor Azlan, dia sepatutnya datang bla..bla..”
“Takde Inspektor Azlan kat sini la”, (marah-marah sebab dah suruh telefonis jejak Inspektor Azlan sebelum ni)
“Azlan ke Mazlan, macam tu la nama, Lan-Lan”
“Saya cakap takde nama Lan-Lan kat sini, berapa kali nak cakap”, (Tinggi suara macam sarjan bagi command)
“Kalau macam saya nak no phone pegawai yang sepatutnya dating bagi ceramah kat sini”
“Jap saya check”.
Seminit..
“Ni nombor dia, 019….”
“Saper nama pegawai ni?”
“Inspektor Khairul Azlan…”
Sambil mencangkul tanah meggunakan driver no 1, Meor ada kasi sikit carutan sederhana sopan.

Thursday, July 2, 2009
Teka Teki Hari Ini
Kalaulah orang bisu boleh berkata-kata, apekah perkataan pertama dia akan kata ?
.
.
.

.
.
.
Cubaan suara.. 1..2..3.. !
Friday, June 26, 2009
Tuesday, June 2, 2009
Bumbung Stadium Runtuh
Aku dah cakap, jangan bagi defend skor gol,
Lagi-lagi player mesia, memang la sampai bumbung!
Tak bedung punya kaki..
Lagi-lagi player mesia, memang la sampai bumbung!
Tak bedung punya kaki..
Subscribe to:
Comments (Atom)