Thursday, June 28, 2007

Studio Bintang Kecil

Malaysia sememangnya bumi bertuah. Kerana dikurniakan pelbagai rancangan realiti tv terutama sekali dalam bidang pengujianan suara. Selepas Akademi Fantasia, Mentor, Gangstarz, Mystarz dan ape kejadahnya lagi ntah, muncul pula, Studio Bintang Kecil. Tahniah!!

Studio Bintang Kecil inilah yang akan menjadi tonggak rakyat Malaysia dalam mencari stock artis-artis untuk digunakan pada masa hadapan. Bukannya nak mencari pelapis-pelapis yang dapat memacu pembangunan negara dalam mengejar visi 2020 (Pekabor Dr M? Sehat?) di era globalisasi seperti para doktor, saintis, arkitek mahupun pemimpin negara, apatah lagi seorang jurutera polimer.

Yang paling menarik hati, makbapak pulak yang lebih sudu dari kuah (sekati je bantai peribahasa). Sepatutnya, makbapak yang menge-ban program sebegini rupa, ini idak.

Mungkin juga darah seni sudah mengalir tujuh keturunan lagi. Yela kan, mungkin juga bapak menakan belah mak tiri sepupu atok nya dulu juga seorang penghibur. Nak buat macam mana...

Kata hati penulis :
1. Tak salah nak menyanyi, tapi ape kejadahnya semua orang nak berlumba-lumba menjadi bintang fofular. Makbapak pun nak anak-anak bergelumang dalam dunia keartisan ini? Ulang suara : ape kajadahnya semua ini?

2. Waktu aku kecil dahulu, andaikata bapakku terdengar aku mendendangkan lagu-lagu fofular yang sering berkumandang di corong radio, secara automatis nya beliau akan memekik "Ooooo... lagu kau hapal, sifir kau lupa...", silap haribulan talipinggang hak kerajaan Malaysia hinggap di medula oblongataku.

3. Akanku tunggu Malaysian Inventor, takkpun Apperantice ala Syed Mokhtar AlBukhary

4. Sekali lagi jika kau setuju dengan pendapat ku ini, kau taip AFUNDI FARIEZUL dan hantar ke DAPAT.

Wednesday, June 27, 2007

Jobstreet - Kulim Career Expo 2007

Kulim Career Expo 2007 is coming to town!
Date : 30 June (Sat) - 1 July 2007 (Sun) Time : 10am - 6pm Venue : Kulim Golf & Country Resort, Kedah Admission : FREE

Dihebahkan sekalian pelusuk nusantara terdapat lebih 2000 jawatan ditawarkan di ekspo berkenaan. Pakcik-makcik yang tengah cari keja, ataupun nak tukar keje, ataupun takde keje sangat haritu, dipersilakan ke sana. (Jobstreet patut bayar komisyen jadi promoter ni)

Kepada kau yang mengenali diriku yang hina ini, dan berhajat hati untuk menziarahi expo terbabit, bolehlah menginap di teratak burukku di kulim ni. Tak jauh dari Kulim Golf Resort berkenaan, kira-kira 10 minit andaikata kau menaiki basikal.

Oh.. Jangan bimbang, penginapan dirumahku tidaklah mahal :

1. Laki-laki : Kau belanja ku makan malam. Pengangkutan bisa disediakan. Tiada lain-lain keistimewaan.
2. Wanita (sudah berkahwin) : Aku bisa lukiskan peta ke resort berkenaan menggunakan pensel staedtler 2B gred peperiksaan (diberi percuma). Cubalah kau menginap disana.
3. Wanita (belum berkahwin) : Aku belanja kau makan malam. Pengangkutan disediakan. Room service disediakan. Lain-lain perkhidmatan bisa dirunding.
Haha...

Kata penutup penulis :
-Woi! saper nok gi tue, mari le sekali join aku. aku gi sebab ada cabutan bertuah.. Hahaha lagi..
-Fuji Elektrik baru dibuka, memerlukan banyak tenaga kerja yang bekerja
-Maklumat lanjut kau klik je : http://my.jobstreet.com/announcement/2007/k/kce.htm

Friday, June 22, 2007

Training & Makan Free Jangan Ditolak.

Tempat kerja aku beli aksesori baru untuk mesin DMA Mettler Toledo.
Mettler hantor seorang Dr daripada Taiwan yang tahap keteraburan english yang amat tinggi; melepasi paras membimbangkan untuk mengajar kami menggunakan teknologi barat terbabit. (Malaysia takleh buat ke? kata Malaysia boleh? boleh ape? boleh beli?) En Mat dengan brader Rockman; technician lab polymer USM pun ada join memeriahkan majlis yang menyediakan makan pagi, tengahari dan petang secara free; disponsor oleh sales exec Mettler. (tak hingat nyer bodek)

Acapkali Dr Taiwan tu mengungkap "tension", takku pasti yang diungkapkan itu "tension" ataupun "torsion" kerana kedua-duanya hampir serupa apabila dihamburkan dari mulutnya; tak ubah askar jepun zaman atok aku dahulu; "kasi porong kepara.."

Ada satu jig/unit yang agak sukar untuk dipasang dan disetting untuk DMA ni; small clamping unit yang membolehkan untuk test shear. Perlu kesabaran dan mata yang tajam. Sebabnya hujung unit probe tu, perlu dimasukkan dalam satu lubang pada mesin ribuan ringgit tersebut. Unit tak boleh kena lubang, mesti tengah-tengah lubang.

Untuk tugas ini, kami sebulat suara mengundi Rockman untuk menyempurnakannya.
Alasan yang relevan : Rockman baru aje kawen, takde masalah mencari lubang walau ditempat gelap.

Haha.... (ketawa diri sendiri yang rabun, lainkali kena bawak kanta pembesar tengok serangga macam waktu sekolah rendah dulu..)

Thursday, June 14, 2007

History is Gonna Change!!

A few month ago, Mr Eekang, owner of Eekang Design asked me, what is my dream car. Without thinking I answered him, Mercedes Mclaren..

But, when I think it back, actually my dream car is not that car. My dream car is this:



"Doc, let me get this straight; you built a time machine out of a Delorean?"

Yeap. A car that can travel through time, a DeLorean as in the Back To The Future movie. The pic is only the replica of it, but i dont want that. I wanted DeLorean that fully fuctional with flux capacitor and can go back to the past.

If only I have the car, I will go back to time when Mr Eekang asked me the question.The conversation will be (or shoudl I say have been?) like this :

Mr Eekang : What is your dream car, fariezul?
fariezul : My dream car? You dont know arr?
Mr Eekang : Ermmm... A DeLorean?
fariezul : Think Mcfly, think!! I got a DeLorean ol-ready.
Mr Eekang : Then what?
fariezul : A Batmobile from Batman movie!!

Haha....

Tuesday, June 12, 2007

Congratulation Pak Lah & Jeanne Abdullah

Rasanya belum terlambat bagi warga kerja blogtue mengucapkan tahniah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, diatas perkahwinan beliau dengan Jeanne Abdullah. Berikut adalah secangkir biodata Datin Seri Jeanne Abdullah yang ku gali dari internet :

BIODATA JEANNE ABDULLAH
Umur: 53 tahun
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 29 Julai 1953
Keturunan: Kacukan Portugis-Serani
Makanan kegemaran: Apa saje yang halal
Pengalaman Kerja: Bidang pentadbiran dan perhotelan, termasuk di beberapa hotel utama seperti Hilton Kuala Lumpur dan Pan Pacific Hotel
- Anak sulung daripada empat beradik
- Pernah berkahwin dengan Encik Othman Mahmood, adik Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, dan bercerai 15 tahun lalu
- Mempunyai dua anak perempuan - Nadiah dan Nadene
- Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Assunta di PJ, Selangor
- Pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.

" Owh, kanda tau itu siapa. Itulah perompak yang ingin merampas adinda daripada kakanda.."

Ooo~~ No wonder la Pak Lah happy,
Sampai lambung topi,
Menaikkan orang gomen punya gaji,
Rupanya ada ehem-ehem dengan penjaga kediaman rasmi...
(Background music nyanyian Irwansyah: Dia memang pencinta wanita, tapi dia bukanlah buaya~~~)

Andaikata suatu hari nanti,
Gaji orang gomen dinaikkan lagi,
Daku hampir pasti,
Seyakinnya pasti,
Puan Seri akan gelisah hati..
(Background music nyanyian Liza Hanim: gelisah mimpi, datang, usahlah percaya~~~)

Haha...

Monday, June 11, 2007

Intro To Blogtue®

Ini adalah blog kedua selepas blog pertama (duhh~~). Andai kata kau ingin membaca blogku yang dahulu, sila klik sini

Sekiranya kau suka akan tulisan pada blogku ini, walau dimana dikau berada, apalah sudi kiranya kau mengomen dengan mengelik perkataan comment yang terdapat pada bawah setiap post (terima kasih Pos Malaysia Berhad)। Tak kiralah samada kau kukenali atau tidak.

Mungkin kau tertanya-tanya, mengapakah blog ini dinamakan blogtue®?
Banyak sebabnya... Namun sebab paling utama adalah:

SEBAB NI BLOG AKU. SEKATI AKULAH NAK BUBOH NAMA APA PUN. KAU PEDULIK HAPE, DASAR JANTAN/PEREMPUAN KABERET~~~
(potong mana yang tidak berkenaan)