Tempat kerja aku beli aksesori baru untuk mesin DMA Mettler Toledo.
Mettler hantor seorang Dr daripada Taiwan yang tahap keteraburan english yang amat tinggi; melepasi paras membimbangkan untuk mengajar kami menggunakan teknologi barat terbabit. (Malaysia takleh buat ke? kata Malaysia boleh? boleh ape? boleh beli?) En Mat dengan brader Rockman; technician lab polymer USM pun ada join memeriahkan majlis yang menyediakan makan pagi, tengahari dan petang secara free; disponsor oleh sales exec Mettler. (tak hingat nyer bodek)
Acapkali Dr Taiwan tu mengungkap "tension", takku pasti yang diungkapkan itu "tension" ataupun "torsion" kerana kedua-duanya hampir serupa apabila dihamburkan dari mulutnya; tak ubah askar jepun zaman atok aku dahulu; "kasi porong kepara.."
Ada satu jig/unit yang agak sukar untuk dipasang dan disetting untuk DMA ni; small clamping unit yang membolehkan untuk test shear. Perlu kesabaran dan mata yang tajam. Sebabnya hujung unit probe tu, perlu dimasukkan dalam satu lubang pada mesin ribuan ringgit tersebut. Unit tak boleh kena lubang, mesti tengah-tengah lubang.
Untuk tugas ini, kami sebulat suara mengundi Rockman untuk menyempurnakannya.
Alasan yang relevan : Rockman baru aje kawen, takde masalah mencari lubang walau ditempat gelap.
Haha.... (ketawa diri sendiri yang rabun, lainkali kena bawak kanta pembesar tengok serangga macam waktu sekolah rendah dulu..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment