Thursday, June 28, 2007

Studio Bintang Kecil

Malaysia sememangnya bumi bertuah. Kerana dikurniakan pelbagai rancangan realiti tv terutama sekali dalam bidang pengujianan suara. Selepas Akademi Fantasia, Mentor, Gangstarz, Mystarz dan ape kejadahnya lagi ntah, muncul pula, Studio Bintang Kecil. Tahniah!!

Studio Bintang Kecil inilah yang akan menjadi tonggak rakyat Malaysia dalam mencari stock artis-artis untuk digunakan pada masa hadapan. Bukannya nak mencari pelapis-pelapis yang dapat memacu pembangunan negara dalam mengejar visi 2020 (Pekabor Dr M? Sehat?) di era globalisasi seperti para doktor, saintis, arkitek mahupun pemimpin negara, apatah lagi seorang jurutera polimer.

Yang paling menarik hati, makbapak pulak yang lebih sudu dari kuah (sekati je bantai peribahasa). Sepatutnya, makbapak yang menge-ban program sebegini rupa, ini idak.

Mungkin juga darah seni sudah mengalir tujuh keturunan lagi. Yela kan, mungkin juga bapak menakan belah mak tiri sepupu atok nya dulu juga seorang penghibur. Nak buat macam mana...

Kata hati penulis :
1. Tak salah nak menyanyi, tapi ape kejadahnya semua orang nak berlumba-lumba menjadi bintang fofular. Makbapak pun nak anak-anak bergelumang dalam dunia keartisan ini? Ulang suara : ape kajadahnya semua ini?

2. Waktu aku kecil dahulu, andaikata bapakku terdengar aku mendendangkan lagu-lagu fofular yang sering berkumandang di corong radio, secara automatis nya beliau akan memekik "Ooooo... lagu kau hapal, sifir kau lupa...", silap haribulan talipinggang hak kerajaan Malaysia hinggap di medula oblongataku.

3. Akanku tunggu Malaysian Inventor, takkpun Apperantice ala Syed Mokhtar AlBukhary

4. Sekali lagi jika kau setuju dengan pendapat ku ini, kau taip AFUNDI FARIEZUL dan hantar ke DAPAT.

2 comments:

tEo said...

ZAs.. assaLamualaikum Tuai Rumah,
nampaknya kita sealiran dan dLm satu perjuaNgan yg sama.. seblm tu, nampaknya Tuai Rumah telah berjaya menghasilkan satu karya yg sedikit sebanyak memberi impak kepada pembaca utk memberi ulasan dlm kurungan, AKU laa pembaca tu.. ha3
--bersambuang di episod akan datang
-|^||^|-

Fariezul Jaafar said...

nantikan lebih banyak karya bermutu lagi berwawasan dari penulis. zasss