Thursday, July 26, 2007

Proton & Gen2 Sedan

Produk baru daripada PROTON :




Rasanya ramai dah boleh agak, ini kereta Gen2 Sedan. Aku 99% sure ini Gen 2 Sedan melihatkan daripada buntutnya. (Perhatian : Aku suka tengok buntut kereta sahaja!)


Paul Tan (paultan.org) dah pernah post gambar-gambar Gen 2 Sedan bilamana produk ini melakukan on road test, di blog beliau, bulan APril lalu :




Teringat kerja dengan satu company vendor proton satu ketika dulu. Bulan ni, tahun lepas start keje. Pembekal central switch untuk Gen2, Savvy and Neo. (WRM, TRM & SRM). Pening dengan TS 16949. Tak tau company tu dah dapat TS ke belum. Sekarang ni keje dengan company yang meluluskan TS. Nasib baik bukan bahagian aku. Kalau tidak memang aku tak luluskan!! Hahaha.. Kejam!

Wahai vendor-vendor Proton sekalian! Berubahlah! Jangan senang dengan bisnes yang ada! Jangan mengharap OEM semata-mata. Bagaimana pula dengan OBM, ODM?

Jangan gunakan politik untuk dapatkan bisnes and then hanya jadi orang tengah untuk kutip untung. Aduhai.

Aduhai Proton, aduhai vendor Proton, aduhai bumiputra!

Wednesday, July 25, 2007

Realiti OKU

Satu lagi rancangan realiti tv akan muncul di TV9 – Realiti OKU.
Menarik. Salah satu rancangan realiti tv yang bakal aku sokong, in fact, sesiapa pun aku rasa akan sokong. (kau memang takde kesedaran sivik kalau tak sokong).

Yang menariknya, rancangan ini bukanlah macam rancangan Bersamamu TV3, yang menagih simpati orang ramai. Tetapi lebih kepada membantu golongan OKU yang ingin mengubah hidup mereka, berdikari, dan ingin berdiri di atas kaki sendiri.. (Oppss... ini adalah perumpamaan semata-mata, maaf)

Jadi rakan-rakan yang berstatus OKU, apa tunggu lagi? (macam iklan jomheboh plak)

Tetapi rasanya, aku tak ramai kenalan rapat yang OKU – Orang Kurang Upaya.
Yang ramai – orang kurang zat besi dan vitamin dalam otak dan mentalnya atau bahasa pasar ikannya – Sewel. (bukan gila-gila remaja, dah tua bangka pun nak gila-gila jugak)
Itu yang best !!

Thursday, July 19, 2007

Bola Itu Bulat

Konsep “bola itu bulat” acapkali diaplikasikan apabila pasukan bukan pilihan atau pasukan bawah anjing (underdog) berjaya mengalahkanpasukan pilihan, atau sekurang-kurangnya berkeputusan seri.

Konsep ini kebiasaannya digunakan di dalam permainan bola sepak. Agak kurang sesuai dan janggal munggunakan konsep ini untuk permainan bola tampar walaupun bola yang digunakan adaah bulat apatah lagi untuk permainan ragbi.

Vietnam, Indonesia dan Thailand contohnya, beberapa kali telah membuktikan teori bentuk bola ini.

Tetapi apatah sebabnya, setiap kali pasukan Malaysia bermain bola sepak, pasukan kebangsaan dibekalkan dengan bola yang

bujur, bersegi empat, trapezium dan kadang-kala heksagon.

Haha..

Kata-kata penutup tin :
“Chekgu suka main bola, hari-hari chekgu kalah, mari kita tuduh-menuduh!!”

Wednesday, July 18, 2007

Anak Gemilang Malaysia Yang Telah Tiada - Endon Tersingkir !!

Cuba kau intai di sini : Bernama.

Menarik! Mungkin juga pihak Astro tersedar (baru nak mengadah) taktik ampu nya telah dihidu orang ramai, maka dengan pantasnya (tak pantas pun) mereka menyenaraipendekkan kembali Anak Gemilang Malaysia.

Yang tinggal hanya sepulah sahaja : Tun Razak, Tun Hussien Onn, Datuk Onn, Mokhtar Dahari, P. Ramlee, Sudirman, P.P. Narayanan, Raja Tun Mohar Raja Badiozaman, Tan Cheng Lock dan Zaaba.

Kata-Kata Belakang :
1. Aku still pikir Mahathir patut tersenarai dalam 10 orang tu. (Tersenarailah! Bukan terpilih!)
2. Kalau dah ditanam syaratnya, kenapa tak namakan ”Anak Gemilang Malaysia Yang Telah Tiada”?

Friday, July 13, 2007

Anak Gemilang Malaysia

Kau orang tau tak 10 Julai yang lepas adalah hari lahir Tun Mahathir Mohamad, dan hari sebelum tu adalah ulangtahun ke 22 Proton yang segan hidup tak mahu mati itu. Tahu tak?!?! Ape yang kau tahu? Makan tido ajela, tak berinfomatif macam aku langsung. Huakakakaka!

Dan menjelang 50 tahun kemerdekaan, Astro (rumahku takde astro) menerbitkan rancangan Anak Gemilang Malaysia yang akan menobatkan gelaran Anak Gemilang Malaysia sejati daripada senarai 50 tokoh-tokoh negara.

Kau dipersilakan untuk mengundi di http://www.astro.com.my/agm. Pilihlah tokoh yang kau suka dari Nordin Ahmad Kajang Pak Malau hingga ke Temenggong Jugah Anak Barieng kesayangan kau itu. Tun Razak mendapat undianku.

Saat dan ketika artikel ini ditulis, Datin Seri Endon Mahmood mendahului kutipan undian. Dan yang menariknya, Dr M langsung tidak tersenarai.

Aku bukanlah penyokong Dr M. Tetapi, samada kau suka atau tidak, Dr M memang telah banyak merobah negara Malaysia, dalam banyak bidang (walaupun bukan semua). Pastinya beliau, layak untuk dicalonkan.

Amatlah menarik; Hanya sebentar sahaja menjadi isteri perdana menteri, sudah layak dicalonkan, manakala perdana menteri yang paling lama di dalam sejarah Malaysia tidak dicalonkan. Hairan bin ajaib.

Kata-kata penutup dari Pendekar Mustar : ”Kau orang memang pengampu, pengampu orang kaya!!”

Monday, July 9, 2007

Mimpi

Semalam awal tidur aku
Pening kepala, ngak tahu kenapa
Orang tua kata bantal jangan dipijak, nanti pening
Mungkin sebab tu kepalaku dah macam mould bumper kereta
Aku letak bantal di kaki masa tidur
Malam sebelum malam semalam

Yang menariknya, aku mimpi
(bukan mimpi itu lah!)
Aku melancong ke luar negara
Jadi tourist di America
Yeap, United State of America
Negara kelahiran George W Bush
Sepupu George Soros
Adik beradik George of the Jungle

Bukan America yang menarik hati
Bukan jugak Encik Bush itu
Yang menariknya, waktu aku keluarkan uang dari mesin ATM
Aku perasan di situ, dalam mimpi tu
Ada Bank Muamalat dengan Bank Islam.

Ape kejadahnya semua ini?
Dah sewelkah aku?

Friday, July 6, 2007

Baling Anjing

Semalam ada rakan "mengkritik" henset 3310 aku:

“baling anjing pun mati”, ayat biasa, aku dah imun.

Dan aku dah cuba, baling anjing, tak mati pun.

Guna batu, sama saiz, lebih berat.

Aku tak kesah, aku tak pedulik

Kata lah ape kau suka

Asalkan kau bahagia, aku bahagia

Aku bahagia dengan henset aku

Depan kaler lain, belakang kaler lain, kau pedulik hape.

Takde kamera, takde Bluetooth, tak ber-mp3

Henset ini aku suka, aku sayang

Aku sayang henset yang diberi orang ni

Aku sayang orang yang memberi henset ni

Henset aku jadi lambang

Lambang aku sayang orang itu

Dan lambang yang aku bukan orang senang

Aku orang susah, tak mampu miliki henset ribuan ringgit

Bukan macam kau

Aku tersenyum, malas berdebat.

Thursday, July 5, 2007

A for Apel, B for Boll, C for CitCat

Pagi ni, tika aku melayari website harian metro, aku terklik satu iklan :

Citcat.com – sistem terjemahan online percuma. (http://www.citcat.com/).

Lalu, aku pun tanpa membuang masa cuba memandu uji “sistem” citcat tersebut.

Aku taip :

citcat tak best langsung. translate pun macam haram. lebih baik aku beri adik aku translate. huh.

Terjemahan yang diberi :

citcat not best direct. translate even illegal kind. better I give I younger sister translate. whew.


Wakakakakaka!! (ketawa guling macam tenggiling) Ini bukan translate ke English tapi ke Manglish. Terima kasih citcat.com kerana menceriakan pagiku.

Kata-kati penulis :
1. Aku confuse kenapa “sistem” ni diberi nama citcat. Adakah dari perkataan chit-chat yang aku ketagih ketika waktu zaman persekolahan dahulu? Kalau benar, terserlah keayuan kebodohannya dalam tugas-tugas penterjemahan.
2. Mungkin juga CitCat adalah rekaan Azwan Ali yang juga perekacipta parti Cit Cat ?
3. Atau mungkin juga citcat daripada perkataan “cat sh*t”. Haha..

Wednesday, July 4, 2007

Sultan Kedah & 2km

Disebabkan aku sekarang boleh dikatakan warganegara Kedah, aku cukup marah orang yang membuatkan Sultan Kedah terpaksa berjalan begitu jauh mengharungi onak dan duri ke stadium Batu Kawan masa final Piala FA.

Aku marah bukan sebab baginda kerabat diraja. Sebabnya baginda ni orang tua. Cuba kau bayangkan, atok kau yang kena jalan 2 km, 45 minit. Kalau cucu dia yang muda remaja kena jalan 20 km, aku pedulik hape.

Memandangkan FAM jemput baginda untuk menyampaikan hadiah, dah jadi tanggungjawab baginda untuk pergi. Nanti kau kata tak berjiwa rakyat pulak, hanya tau menghabis uang rakyat(?), Kesian beliau. Bukan macam Tsu Koon, Selamba rhino dia je patah balik

Tak abis-abis FAM ni terlibat dengan masalah. Dah macam drama Natasha kat TV3 plak. (nyampah tul aku).

Monday, July 2, 2007

Ally Iskandar & Teh Tarik

Di pagi yang hening itu, di hari itu..
Ku mengadap teh tarikku, bersama nasi gorengku,
Di kafe tempat kerjaku, bersama seorang teman setempat kerjaku..

Sepi, sepiku sendiri aku benci.. (eh, nyebokla ko DianSastro)
Kekadang terdengar bunyi cengkerik rancak berbalas pantun
Temanku itu mengadap kaca televisi, Malaysia Hari Ini, aku mengadapnya, dan teh tarikku..

Apatah yang dibincangkan Ally dan rakan-rakannya di kaca televisi itu, ku tidak pasti
kerana nada dering suara televisi itu diminimumkan, sebabnya? kupun tidak pasti

Tiba-tiba "alololo.. manjanya", temanku itu bersuara
Ku toleh ke belakang, sudah ku duga, Ally Iskandar sedang berbincang dan bergurau senda (?)
Dengan dua tetamu undangannya

Siapa tetamu undangannya itu? kupun tidak pasti
Yang pasti orangnya adalah wanita-wanita yang cute, cantek, menarik, tertarik, kau memang daboom

Hatiku terdetik : "kalau awek cun-melecun, kau kata manja.."

Cuba beliau seorang gadis yang tidak cun-melecun, hidungnya senget, giginya joe

Pasti kau "rubber stamped"kan beliau = GEDIK + MENGADA-NGADA.

Huh!! Mengapa?? Kenapa??

Kupun tidak pasti...

Yang ku hampir pasti

Kau memang dasar

Ya... Bener... Dasar

Dasar jantan kaberet, mata keranjang

Haha..

Sepatah kata penulis :
Ditempat kerjaku, blogspot tak dapat dilayari. Daku tidak perlu risau hati andaikata terdapat anggota kerja menghentak sereberumku bersenjatakan monitornya. Haha lagi...