Friday, July 13, 2007

Anak Gemilang Malaysia

Kau orang tau tak 10 Julai yang lepas adalah hari lahir Tun Mahathir Mohamad, dan hari sebelum tu adalah ulangtahun ke 22 Proton yang segan hidup tak mahu mati itu. Tahu tak?!?! Ape yang kau tahu? Makan tido ajela, tak berinfomatif macam aku langsung. Huakakakaka!

Dan menjelang 50 tahun kemerdekaan, Astro (rumahku takde astro) menerbitkan rancangan Anak Gemilang Malaysia yang akan menobatkan gelaran Anak Gemilang Malaysia sejati daripada senarai 50 tokoh-tokoh negara.

Kau dipersilakan untuk mengundi di http://www.astro.com.my/agm. Pilihlah tokoh yang kau suka dari Nordin Ahmad Kajang Pak Malau hingga ke Temenggong Jugah Anak Barieng kesayangan kau itu. Tun Razak mendapat undianku.

Saat dan ketika artikel ini ditulis, Datin Seri Endon Mahmood mendahului kutipan undian. Dan yang menariknya, Dr M langsung tidak tersenarai.

Aku bukanlah penyokong Dr M. Tetapi, samada kau suka atau tidak, Dr M memang telah banyak merobah negara Malaysia, dalam banyak bidang (walaupun bukan semua). Pastinya beliau, layak untuk dicalonkan.

Amatlah menarik; Hanya sebentar sahaja menjadi isteri perdana menteri, sudah layak dicalonkan, manakala perdana menteri yang paling lama di dalam sejarah Malaysia tidak dicalonkan. Hairan bin ajaib.

Kata-kata penutup dari Pendekar Mustar : ”Kau orang memang pengampu, pengampu orang kaya!!”

4 comments:

taugehkecut said...

dpt anugerah apa2 ke kalo undi tu...ke yg tokoh tu dpt pangkat ..aku rasa astro yg wat cmtu saje je calon2 org yg xde..kalo dpt anugerah pun...duit menang anugerah tu leh wat kenduri arwah ke apa yg ptt....Dr. M kan still alive..heheh

Fariezul Jaafar said...

Ala..
nanti mati gak dia..
leh wat kenduri arwah time tu..
huhuhu...

Anonymous said...

Tunggu dia arwah dulu. Time tu kau jgn tak undi pulak.

Fariezul Jaafar said...

Aku tetap undi Tun Razak. Tun Razak idola ku sejak projek folio sejarah form 3. huhuhu..