Disebabkan aku sekarang boleh dikatakan warganegara Kedah, aku cukup marah orang yang membuatkan Sultan Kedah terpaksa berjalan begitu jauh mengharungi onak dan duri ke stadium Batu Kawan masa final Piala FA.
Aku marah bukan sebab baginda kerabat diraja. Sebabnya baginda ni orang tua. Cuba kau bayangkan, atok kau yang kena jalan 2 km, 45 minit. Kalau cucu dia yang muda remaja kena jalan 20 km, aku pedulik hape.
Memandangkan FAM jemput baginda untuk menyampaikan hadiah, dah jadi tanggungjawab baginda untuk pergi. Nanti kau kata tak berjiwa rakyat pulak, hanya tau menghabis uang rakyat(?), Kesian beliau. Bukan macam Tsu Koon, Selamba rhino dia je patah balik
Tak abis-abis FAM ni terlibat dengan masalah. Dah macam drama Natasha kat TV3 plak. (nyampah tul aku).
Wednesday, July 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
aku nk ty kedah tu negara ke negeri...sbb pe jd warganegara kedah lak..patutnya warganegeri laa..selaku rakyat tempatan kedah..aku xleh terima perkataan warganegara...hehehe...weh...kata nyampah drama Natasha..nmpk sgt ko jd penonton setia drama tuh..kalo x camne ko tau drama tu menyampah..>>>sekian komen pjg lebar dr aku---jue(mls nk sign in google
Ko patut baca post aku yang first sekali (intro to blogtue). Ini blog aku, sekati aku la nak tulis warganegara ke, warga tua teras masyarakat ke, ape ke.. hahahah...
weh, dah kedai aku makan malam pasang citer tu. aku pun tertengok la.. hahahah...
mak aaih,mengada-ngada ja memperbesarkan isu nih..setakat 2km ja,bukan 100km pun..mentang-mentang la sultan,kerabat raja..orang tua-tua zaman dulu jalan berbatu-batu tak da pun kecoh-kecoh..walaupun saya bukan peminat bola sepak,tapi tak payah kecoh pasal ini.kenapa kerabat & orang kenamaan sentiasa dapat keistimewaan,padahal bukan bagus sangat.dulu ada keluar akhbar,polis akan saman pemandu yang tak bagi laluan kepada kenderaan raja.macam la bagus sangat????besok mati tak dak dah,semua orang sama ja.masuk kubur ditelan bumi juga.
-pak haji bengang-
Hahaha..
1.bukan sebab dia kerabat raja aku kesian. sebab dia orang tua. pedulikan orang tua dulu2. mcm aku kata, kau tak kesian ke kalau ada ahli keluarga kau yang tua kena jalan jauh macam tu? Cubalah!
2. Aku pun tak setuju kalau polis saman pemandu yang tak bagi laluan kepada kenderaan raja/sultan. In fact sepatutnya semua orang kena bayar tol, pandu di sebelah kanan jika tidak memotong, dan kena speed trap macam orang lain jugak. termasuklah perdana menteri sekalipun. kalau nak cepat, beli helikopter, guna duit sendiri, bukan duit rakyat.
3. Lepas masuk kubur, dia tak sama dengan kau. tanggungjawab dia lagi banyak. maknanya dia lebih banyak kena tanggung dan lebih banyak kena jawab. haha...
Post a Comment