Tuesday, June 12, 2007

Congratulation Pak Lah & Jeanne Abdullah

Rasanya belum terlambat bagi warga kerja blogtue mengucapkan tahniah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, diatas perkahwinan beliau dengan Jeanne Abdullah. Berikut adalah secangkir biodata Datin Seri Jeanne Abdullah yang ku gali dari internet :

BIODATA JEANNE ABDULLAH
Umur: 53 tahun
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 29 Julai 1953
Keturunan: Kacukan Portugis-Serani
Makanan kegemaran: Apa saje yang halal
Pengalaman Kerja: Bidang pentadbiran dan perhotelan, termasuk di beberapa hotel utama seperti Hilton Kuala Lumpur dan Pan Pacific Hotel
- Anak sulung daripada empat beradik
- Pernah berkahwin dengan Encik Othman Mahmood, adik Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, dan bercerai 15 tahun lalu
- Mempunyai dua anak perempuan - Nadiah dan Nadene
- Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Assunta di PJ, Selangor
- Pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.

" Owh, kanda tau itu siapa. Itulah perompak yang ingin merampas adinda daripada kakanda.."

Ooo~~ No wonder la Pak Lah happy,
Sampai lambung topi,
Menaikkan orang gomen punya gaji,
Rupanya ada ehem-ehem dengan penjaga kediaman rasmi...
(Background music nyanyian Irwansyah: Dia memang pencinta wanita, tapi dia bukanlah buaya~~~)

Andaikata suatu hari nanti,
Gaji orang gomen dinaikkan lagi,
Daku hampir pasti,
Seyakinnya pasti,
Puan Seri akan gelisah hati..
(Background music nyanyian Liza Hanim: gelisah mimpi, datang, usahlah percaya~~~)

Haha...

2 comments:

Anonymous said...

Tulisan tidak kemas, penggunaan tatabahasa yang amat mengecewakan, frasa-frasa puitis tidak dimasukkan, "vocab" juga agak lemah. Walaubagaimanapun, boleh dipertingkatkan untuk masa hadapan supaya lebih CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG. Keseluruhan = D-
-|^||^|-

Fariezul Jaafar said...

D- ??
not bad.
at least aku tak fail (pendapat majoriti pelajar melayu di IPT malaysia yang perlu diubah)

Teo,
kau menginagtkan aku kepada keputusan Bahasa Arab ku dahulu ketika PMR :-(